Saturday, October 16, 2010

Degil.

Kata abang aku. Aku degil. Katanya degil bukan yang buruk. Tapi kalau inginkan sesuatu akan dapatkannya selagi bolehh. Dan itu mungkinlah dikenali sebagaiiiii nekad. Kut? *yela tuuuu*

Degil ni ada baik, ada buruknya. Kadang2 degil sikap kita untuk pertahankan agama, pendirian itu baguss… tapi kalau degil yang menyakitkan hati orang, itu yang tak bagus.. buruk.

Sebab~ adakala.. orang yang kelemahan dia adalah mengalah akan tertindas. Yang diam terus diam, yang diam terus mengalah. Sampai satu saat, semua itu menjadi sungguh booosaannnn. Dan boosaaan. Bahkan menjadi terlampau bosannn.. Tapi..

Mengalah bukan bererti kalah. Ia cuma lambang kesabaran.

Orang selalu cakap. Orang yang nampak ganas ni hakikatnya hati dia lembut. Orang yang nampak halus ni hati dia keras. No wonder lah ramai yang degil2 walau cakap macam boleh cairkan hati orang. Hampeh jugaklah! So.sekiranya lelaki yang baca entry ni... Aku nak warn awal2. Don’t judge a book by its cover. Perempuan sekarang banyak hipokrit. Depan ayu, belakang. Fuhh.. dasat~ hah~ sama lah macam lelaki pun. 2x5. Arghh…yang penting hati mau baik..

Berbalik kepada degil. Tak kesian ke dengan orang yang selalu mengalah? Ya! Simple thing je.. tapi yang simple tu mampu membuatkan orang menjadi sangat geramm dengan kita, menjadi sungguh bosann..

Oh diriku, sentiasalah ingat tips2 mak eh eh. Mak tak suka orang degil, orang melawan~ so..mengalah itu lebih baik walau ia sungguh menyakitkannn… ya lah! Orang mengalah ni sudah berkorban, mungkin korbankan kehendak dia sendiri. Siapa tahu kan?? Terpaksa mengalah untuk menjaga sebuah ikatan. Walau hanya sebagai kawan..

Dan ingatlah.. bersabar itu kunci kehidupan ni.

Biarlah mereka dengan dunia degil mereka. hidup takkan ke mana kalau asyik berdegil.

Mungkin jugaklah~ ramai pasangan yang berkahwin bermasalah atau bercerai sebab kurangnya tolak ansur, kata abang aku, tolak ansur kunci kepada kebahagiaan rumah tangga. So. Bermulalah bertolak ansur dengan kawan dahulu. Kemudian setle kawan baru boleh kawin. Ape ingat kawin ni senang semudah akad? Huh huh. Kalau degil dengan kawan, tak hairanlah.. dengan suami@isteri pun sama.

Haa.. dah tazkirah BM walau belom BM. Ngeh2.

Hm.. aku cadangkan, kita semua kembali muhasabah diri. Degilkah kita? Adakah menyakitkan hati orang?

Apapun. DEGIL lah bertempat. Jangan semua perkara asyik biarkan orang mengalah dengan kita. Kadang2 orang terlampau diam dan mengalah akan mengundang gelojak hati yang sangat serius.

free from DEGIL yang tak bagus. buang semuanya~

Wallau’alam~


pss...aku tulis pasal degil ni..sebab ingat ape yang MAK aku pesan... i miss my mom! dan setiap kali aku rindu dia.. aku mesti ingat semua nasihat2 dia.. termasuklah "jangan DEGIL ya ida?"

No comments:

Post a Comment