Wednesday, October 27, 2010

Rahsianya adalah pada ISTIQOMAH

>>>>>>>>>>Dirimu itu terlalu mahal adikku. Untuk mendapatkan diri kamu seorang, berjuta jam manusia telah abeskan buatmu, beribu wang dihabiskan buat kami, bergelen air mata bergenang kerana kamu. Kerana itu, aku terpaksa aku katakan perkara ini:

‘aku tak risau jika kau tak melahirkan pewaris di bumi dakwah ini, namun aku cukup risau,jika kamu tak mampu istiqamah atas jalan dakwah ini, takkan mampu tsabat jika kamu berhadapan dengan keadaan cabaran tarbiyah yang lebih dahsyat dari ini.
Dirimu lebih aku sayangi daripada pewaris dakwah yang baru kamu cetak itu. Kerana keberadaan dan istiqamahnya kamu di atas jalan dakwah ini lebih bermakna bagi kami semua dalam jemaah ini berbanding dengan ratusan mad’u kamu bina, namun takkan pasti akan bersama dengan kita kelak.

Mentajmik manusia, dan mentarbiyah mereka adalah tarbiyah paling besar buat kita. Dari situ kita merasai makna, dari situ kita merasai cinta, dari situ kita belajar banyak perkara.
Namun tidak akan sama dengan usaha kita melengkapkan diri kita dengan muwasafat dan bekalan ilmu dan fikrah yang ada. Dan ini semua takkan didapati tanpa adanya tarbiyah.
Dakwah ini memerlukan nafas yang panjang. kita mahu tsabat dan kekalkan kaki kita di atas jalan dakwah ini hingga kita masuk syurgaNya. perjalanan kita masih jauh dan ramai lagi manusia akan kita temui.

nak tak nak, kita perlu selamatkan diri kita sebelum manusia lain.
aku tahu kau mengatakan dirimu ok. Aku tahu kau merasai keseorangan dalam menbincangkan masalah dakwahmu, dan kau amat struggle dalam tarbiyahmu,.
tapi di situ masih ada sebuah lilin yang takkan pernah padam. Dan lilin itulah lilin harapan. Selagi mana kau masih berharap, dan positif bahawa setiap masalah pasti ada penyelesainnya, iAllah akan kau temui lilin harapan di situ.

Berusahalah adikku untuk mencari tarbiyah itu. Jangan kau bandingkan dirimu dan aku. Dalam usia dakwahmu yang muda, terlalu banyak perlu kau pelajari,banyak perlu kau dengari dan tahu dari manusia lain.

Dalam menyediakan pelapis kita, mantapkan juga diri kita. Jika usrah kita tak berjalan, carilah majlis ilmu, bergurulah dengan akak2 dan syeikh yang kita kenali. Sentiasalah muhasabah naqibah kita. Sentiasa berbincang dengan masulah kita.

Dan sentiasa berdoa kepada Allah.. Betul, mendengar mp3, membaca buku, membaca quran dan beramal itu bekalan, namun, tidak dapat tidak, kau perlu juga mendapat sentuhan tarbiyah itu. Sentuhan seorang murabbi kepada mutarabbinya.

Harga istiqamah itu amat mahal sekali. dan aku takut kau akan kepenatan di tengah jalan dalam beramal, dan kau menjadi selesa dngan keadaanmu, puas dengan tarbiyah yang miliki, seleasa dengan tak berjalan pun tarbiyah, tanpa kau peduli untuk memperjuangkannya lagi.<<<<<<<<<< *dari mula sampai habis.. baca sini!*

+++

fikir2kan wahai diri yang dhaif.. yang mengharap kesempurnaan namun tidak sempurna...
duhai diri..
mampukah istiqomah?
dan aku masih baru.
masih samar.jauhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

+++
ekcely. berFB dgn sahabatku.. katanya ISTIQOMAH..

pss.. mudah2an bermanfaat untuk semua~ pada diriku, pada dirimu..
^__________^
nak tunggu baik, bila?
nak tunggu free, bila?

dan aku...

"itulah yang paling susah sekali...."


Allahumma thabbit qulubana..

No comments:

Post a Comment