Thursday, October 7, 2010

Semuanya Hak Allah..

Bismillah.

Berakhir sudah Debat Profesionalisme Guru Pendidikan Islam.
Aku dan sahabat2 dari pihak kerajaan dan pembangkang bukanlah niat mahu berbahas dengan sebenar2nya ~Cuma ini adalah percubaan.. dan hanya mahu memenuhi silibus dalam subjek PGPI sem nih~

Apapun, mulanya aku agak berat hati bila namaku dipilih untuk debat nih~ ya ya.. memang aku suka berpendapat sana sini, tapi bahas bukannya bidang aku~

Aku kaku di hadapan. Mula2 dalam otak, aku hafal kesemua isi.. kemudian, dengan tiba2 semuanya kosong~ dan tidak tahu apa yang aku cakap~

Ah..bila begitu, mahu saja menangis..sedih~ namun aku tahu abang aku tidak mahu aku menjadi perempuan yang lembik!
Aku gagahkan diri. Ya Rabb! Memang blur sangat2, habis semua isi yang telah dirancang dalam kepala~

Dan aku malu, bertambah sedih.

Namun.. aku optimis~

Ayuhh.. sikit je tu~

Dan.. semuanya milik Allah..

Kita..rancanglah apapun, selagi perkara tu tak dibenarkan Allah, ianya tidak kan terjadi.

Ilmu ni pun milik Allah. Dia berhak memberi dan menarik hanya dalam sesaat, bahkan detik kurang dari sesaat.
Cuma kita sebagai manusia, perlu berusaha, berdoa dan bertawakkal~

Mungkin jugak apa yang kita ucapkan nanti akan mengguris hati2 yang mendengar?

Dan mungkin jugak apa yang kita tuturkan bertentangan dengan kebenaran?

Ahh..siapa tahu~

Kata kawanku.. ‘dah lepas dah pun..u’ve tried ur beshh’ kan? Aku dah cuba yg terbaik~sekurang2nya mencuba dan…

+++

Sekarang pun masih blur~ kurang rehat kut?

No comments:

Post a Comment