Saturday, December 24, 2011

osem

Bismillahirrahmanirrahim.

Subhanallah Alhamdulillah allahu Akbar!

Perjalanan yang saaangat panjang bermula 13/12/12

osem sungguh! hoho. tpengaruh osem dengan video2 osem 11. heh.

Handphone hilang. Tercicir. Dan hilang semua no contact!

aghhh.. im bad at simpan sesimpan n looking mencari tercari barang..

n osem..

tatkala satu perkara diteruskan, temuduga SPP pada 14/12/12 – heh, study!

Alhamdulillah, penemuduga sungguh sporting dan supportive.

Soalan ditanya adalah.. pengalaman praktikum, nada suara seorang guru dalam kelas dannnn… sumbangan bekas perdana menteri ;)

dan sekarang.

osem sungguh! sebab?

Alhamdulillah, urusan 5 tahun ½ sudah tamat. Lama kan? Tapi 5 tahun ½ inilah yang mengajarku erti segalanya.

Kesabaran, kekuatan, kesungguhan dan paling penting ia memberiku sesuatu yang sangat2 berharga.. TARBIAH. (baca dengan agak sedikit terjiwang ok? ) T_T

15/12/12 adalah hari yang ditinggalkan dengan penuh kesyukuran. Kepada Allah, kepada orang yang diasbabkan Allah untuk mentarbiahku!

Jumpa Mak Cik Wan, murabbi pertamaku!

Jumpa Mak Cik Zaini, yang selalu arrange program untuk IPT

Jumpa Mak Cik Rosini, Kak Su, Kak Nabilah, Mak Cik Rohana, Kak Najah, Kak Aminah dan semualah!

Jumpa Ustazah Ruswati.. menceritakan pengalaman haji. Allah, sampaikan hambaMu yang hina ini ke sana..amin! pesan ustazah ‘jangan tinggal tarbiah’ ;)

Dan jumpa Mak Cik Kamariah. Siap dating makan di Sawaddi ;) perkongsian dari mak cik, tentang tarbiah dan kerjaya. Pesannya ‘bekerja dengan passion!’

Banyak perkongsian dari orang-orang lama yang terlebih dahulu menempuh alam tarbiah ni. Dan doaku.. semoga Allah memberi syurga buat mereka! Amin.

Dan kak Ayu..huhu..teman meluah masalah. Teman meluah tekanan. Teman meluah kerisauan. Dah rasa macam naqibah sendiri. Tempat kami lepak-lepak.. makan2… huhu.. dan Allah akan ketemukan kita. Tidak di dunia, di syurga sana…

+++

dan sungguh osem!

Perjalanan diteruskan ke Penang. Daurah takharruj. Jzkk buat kakak2 yang menganjurkannya. Sungguh! Ia memberi manfaat yang sangat besar!

Kak mayah, kak Rai, kak Ci Ah.. entah bila kan bertemu kembali..huhu..

Perkongsian yang sungguh lengkap! Persediaan untuk keluar posting…

Satu slot dah termiss.. T_T

Satu pengisian lagi dari Ustazah Najiha.

Satu lagi dari Mak Cik Normahani.

fuhhh.. osem sungguh mereka! hikmatussyuyukh wa hamasatussyabab (",

jom jadi osem seperti mereka!


oh..

osemnya..

dari Baling ke Perlis ke Baling ke Penang ke Perlis ke Penang ke Sungai Petani ke Penang ke Baling. dasyat kan? semuanya dalam 2 3 hari.. heh, lupe..

Wednesday, November 23, 2011

kenapa..kenapa..kenapa..
dan kenapa?
kita susah sangat nak berlapang dada...
dan kenapa?
kita selalu suka berprasangka buruk pada orang??

dan kenapa?
kita susah nak positif dengan orang??


tanyalah hati... mungkin masih tidak bersih.
mungkin dan mungkin.
hakikatnya, diri lebih mengetahui

Sunday, November 20, 2011

bismillah.
Allah, keputusan ini sangat susah.
aku tidak tahu dan aku tidak pasti.
kiranya ada kebaikan bagiku..
permudahkanlah ya Allah

Allahumma yassir wala tua'ssir...ameen!

ya Rabb! hanya Engkau, Tuhanku.
tidak ada sekutu bagiMu

ya Allah..
hadirkanlah petunjukmu....

20.11.2011

posting??

Thursday, November 10, 2011

seperti...

kita sedang membina sebuah sampan...
dan melepaskannya ke laut...


seperti...

melepaskan burung yang dibelai di dalam sangkar...


buat semua pensyarah IPG Kampus Perlis..
aku meniti kematangan berkat jasa kalian..
yang dengan sabar.. dan dengan tekun..
berjaya membentuk peribadi ini agar menjadi seorang guru..
di sana...

buat rakan seperjuangan,
bersama kalian..
banyak mengajarku erti kehidupan..

11/11/2011

salam perpisahan buat semua...

Wednesday, October 26, 2011

oh Allah!

oh Allah..
aku bukan insan sesempurna manusia..
dan aku adalah perempuan..
yang selalu melakukan kesalahan..
kesalahan yang kadang-kadang aku sedar...
dan kesalahan yang sering tidak sedar..

oh Allah..
andai sikapku dijadikan contoh.
aku pinta BUKAN!!
dan BUKAN!
kerana akhlakku tak setanding murabbiku..
tak setanding teman dakwahku..
dan apatahlagi setanding Rasulullah..

oh Allah..
andai itu yang dia harapkan..
jelaslah..

adakah aku sudah gagal?

Allah..please! jangan lepaskan aku walau aku mungkin sehina-hina manusia..

syahida, keep strong ok! Allah is always there. sentiasa ada untuk memaafkan..

Tuesday, October 18, 2011

Bismillah.

Alhamdulillah.

Hari ini 18 Oktober 2011

….

Dulu…

10 Julai 2006.

Dan hari ini.. tinggal beberapa hari sahaja lagi.. untuk sampai ke penghujungnya..

Dan hari ini.. aku mula mengemas barang. Kekok! Sudah 5 tahun, tak pernah kemas2 barang mcm ni..

Dan sedih!

Apabila dirasakan alam pengajian ini mula beransur pergi.

Dan sebenarnya. Aku mengelak. Melihat housmet mengemas2..dan aku masih lagi barang tersusun dalam almari..huuhhh

Mengelak kerana tak nak berakhir.

Tak nak berhenti.

Tetapi..

Sudah sunnatullah

Setiap pertemuan ada perpisahan.

Argghhh..

Ya Allah, kuatkan hati kami!

Sunday, October 16, 2011

It ends here

Alhamdulillah..ala kulli hal ya Allah
kerana.. pada hari ini aku masih seorang Muslim.
seorang Muslim yang mengembara..kekadang tersesat, kekadang lurus terarah..
ya Allah..pimpinlah aku dan sahabat2 ku untuk sama2 meniti pengembaraan ini..amin..

+++

alhamdulillah, berakhir.
kata mak cik 'last job!' ;-)
dan alhamdulillah..
walau chill pada permulaan, janganlah kita mengira Allah tidak akan menduga kita..
ketahuilah. di dalam jalan ini..tidak mudah.
ini yang telah aku pelajari!

dan kita akan diuji.
sebagaimana Zakaria digergaji,
sebagaimana Muhammad disiksa..

dan kita..
hanya tidak seberapa..

ya Allah..
permudahkan urusan kami...

Monday, October 10, 2011

i believe

I BELIEVE_ Irfan Makki feat Maher Zain


When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace


+++

mengira hari JOM

wow..

kita berhadapan dengan manusia kan? kita membina manusia kan?

huhuu.. susah nak berlapang dada dan bersabar macam Rasulullah.

tapi kena buat kan??

kata orang. yang susah tu indah..yang susah itu manis..

mereka di sekeliling kita adalah manusia ;-)

+++

tapi lapangan ini luas kan?

Allah mudah je. kalau Dia nak orang ni datang.. Dia akan takdirkan orang tu datang. dengan mudah. dengan senang. dengan tenang.

tapi..sebaliknya..

wahai bakal2 JOM.

bersyukurlah!

kerana anda adalah manusia yang dipilih Allah untuk disuburi dengan jiwa dan ruh tarbiah.

i believe.. do you??

takbir!

heheee..semangat dah!

jom sambung wat bookmark dan lain-lain..

i love ICT very much!

so much!

Saturday, October 8, 2011

huge

bila seseorang yang kita percaya kepadanya..
meminta kita melakukan perubahan yang sangat besar dalam hidup.
dan sangat!

kerana redha-Nya..


dengan bismillah...

keputusan harus dibuat..

Allahu Allah..
permudahkan urusan kami semua...

wahai diri.. biarlah!



salam alayk!
buat semua yang berada di atas jalan ini...
hayatilah..satu video.. hehe...created by diri aku sendiri ;p

insyaAllah.. kalau bermanfaat buat semua..ambillah..

moga Allah kuatkan hati kita untuk mujahadah! amin!

Friday, October 7, 2011

meniti kematangan

salam alayk.

hari ini.. belajar sesuatu yang baru. dan sangat baru. dan sangat terkesan!

bersangka baiklah.
kepada murabbi anda ;-)

kadang2 kita rasa keseorangan,
kena bergerak sendiri..
walhal kita baru setahun jagung.

hilang arah. hilang panduan. hilang sokongan akan kita rasakan.
apatah lagi.. jika murabbi kita sibuk..
lagilah kita akan rasa 1001 perasaan..
ketika itulah.. ianya menuntut kesiqohan yang tinggi..

dan kita akan mula mencari-cari insan yang dapat membantu kita
yang dapat memberikan kata-kata semangat..
di sinilah..kita akan mendalami erti ukhuwah..

dan kita akan mula berfikir dan berfikir..

aku nak buat kerja ni..tapi..
apakah langkah pertama kita..?
apakah yang perlu aku lakukan..?
apakah yang perlu..dan perlu..!

dan..
kadang-kadang, kita akan lemah
kerana kita rasa tidak dihiraukan, tidak dipedulikan..
kerana murabbi kita banyak tanggungjawab..
dan kita akan lemah! selemah-lemahnya!

ketika itulah..
kita akan membina semangat kita sendiri,
kita akan bangun sendiri..
dan kita akan lebih bersemangat waja selepasnya..
kerana ianya datang dari ikhtiar kita..

tapi percayalah!
semua itu.. mengajar kita melangkah lebih jauh.
semua itu.. mengajar kita berdikari.

dan semua ini mengajar kita.. di mana kita, walau seorang, kerja ini wajib dilakukan.
ia mengajar kita.. erti ketaatan.. erti kesabaran dan erti kedewasaan

kerana hakikatnya, manusia perlu di'tekan', barulah dia sedar!
kerana hakikatnya, manusia perlu di'biar'kan, barulah dia mencari!

lalu..
pesanku untuk diriku dan diri sahabat2ku...

bersangka baiklah.

tidak ada murabbi yang akan membiarkan mutarabbinya terkapai-kapai..
tidak pernah murabbi membenci mutarabbinya..

mungkin, Allah memberi kesibukan kepada murabbi kita..
untuk mengajar kita erti tarbiah sebenar.

mungkin, murabbi kita tahu..
kita hanya ke hadapan apabila dibiarkan.
kerana dia tahu..kita memiliki jiwa dan hamasah yang tinggi!

mungkin, murabbi kita mahu mentarbiah kita..
erti berdikari dalam dakwah..

dan bukankah murabbi kita lebih mengenali siapa kita?
bagai kita mengenali mutarabbi kita..


oh Allah.. ampunkan semua kesalahan dan kesilapanku dalam perjalanan ini..

Thursday, October 6, 2011

Wahai diri.. biarlah!

Wahai diri

Biarlah,

Biarlah mereka mengira menapaki jalan ini,

jalan para nabi,

jalan para sholihin,

jalan para shuhada’,

dan jalan para mujahidin..

adalah beban yang sangat berat!

Berat!

kerana harus banyak berhadapan dengan keadaan yang bertentangan dengan keinginan.

Berat!

kerana selalu berlawanan dengan realiti yang tidak sehaluan dengan harapan.

Berat!

kerana melihat kemungkaran dan kezaliman yang bermaharaja lela.

Berat!

kerana harus terus menerus berjalan melawan arus yang berbeza dengan kebanyakan orang…

Wahai diri

Biarlah..

Biarlah mereka menyangka seperti itu.

Kerana sebenarnya kita hakikatnya merasakan yang sebaliknya.

Kemanisan dalam kepahitan,

ketenangan dalam kesesakan,

kebersahajaan dalam kekalutan,

kemudahan dalam kepayahan,

kelapangan dalam kesempitan,

dan itu semua adalah..

kenikmatan yang tidak mungkin boleh dibayar oleh apa pun.

Kerana itu,

kita merasakan pengorbanan sebagai sumber kebahagiaan.

Kerana itu,

kita merasakan jerih perih dan kesulitan di jalan ini adalah kunci ketenangan hati.

Kerana itu,

kita merasa peluh dan darah di jalan ini adalah syarat meraih kesenangan kekal abadi…

Wahai diri

Tetapkan hati

Moga tidak berbelah bahgi

Dalam menggapai redha ilahi

Andai kau berpaling diri

Kelak kau yang menyesal di kemudian hari

Kerana hari yg dijanjikan itu PASTI

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” [al-Fushilat:33]

Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik” [ Yusuf: 108]

Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barang siapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) niscaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya.

Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [Al-Insaan: 29-30]

Tuesday, September 27, 2011

aku tak tau nak cakap mcmna..
tak reti nak explain mcmna..

syahida sayang!
semua orang tahu..
kamu tak boleh melakukan sesuatu dengan baik dalam satu2 masa.
kerana anda juga spt manusia lain. ada masa lemah. ada masa kuat.
slowly ok? Allah will help!
beru ruang dan masa untuk diri sndiri...

****
OFF to Baling.
saya perlukan dakapan hangat seorang ibu!
saya perlukan senyuman dari seorang ayah!

Sunday, September 25, 2011

adakah itu alasan?

dalam pelbagai aspek kehidupan..
kita akan usahakan apa yang kita nak. kan?

tapi dalam setiap perkara kebaikan..
adakah kita menginginkannya?

contoh.
kalau kita ada program tarbiah.. pagi hingga malam...
naqibahku selalu mengajar. datang! walau sekejap~

see?

kalau tak dapat malam..datang siang..dan sebaliknya

entahlah.
bagiku, nak seribu daya. tak nak seribu dalih.

beralasanlah apapun..
kerana jalan ini..jalan pilihanNya

sama ada kita mahu terpilih atau kecundang.. atas usaha kita.
insyaAllah, berdoalah dan berusahalah
agar Allah menjadikan kukuhnya kaki-kaki ini

amin!

Wednesday, September 21, 2011

bila pokok kita tidak dibasahi dengan air..

Kuatkanlah akar dengan hujan Allah...

akarnya adalah.. keimanan kepadaNya


kuatkan tarbiahmu

bukan senang. bukan mudah.
namun, segalanya perlu diteruskan

demi syurga Ilahi
demi menjemput cintaNya dalam sebuah kehidupan

+++

huhuhuuu.. tiba-tiba aku sangat2 rindu zaman itu.. zaman yang sentiasa hidup bersama sentuhan2 nya..

Monday, September 19, 2011

my VIVA Kajian Tindakan

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah!
seratus, seribu dan sejuta... seinfiniti..kesyukuran kepada Allah..

huhhhhhhhhhhhh............ nafas panjang dilepaskan~

kenapa?

oh... sekarang.. dah MERDEKA dari Kajian Tindakan. baru je siap viva nihh!!!
sekarang pun dalam dewan lagi.. tengah taip2 sambil dengar kawan lain present..
serius.

huh. mcm2.. lawak pun ada~

ekceli..aku siapkan teks untuk nak cakap ape nanti.. ceh. panjang lebar, penat aku tulis..plan dan plan. nak ckp ape nnt..

saat yg paling mendebarkan~ bila kena present..
satu..dua..tiga.. nama dipanggil

Noorsyahida Salleh :)

akhirnya..
heh. bila present tu.. awal tu aku sendiri rasa serius. rasa macam air cond tu dah panas!

tapi bila dekat2 tengah present tu..perangai aku datang dahhhhhh.. almaklum, bila je aku boleh skemaa??????????

dengan sempoinya..dengan main cakapnye.. terus je aku redah.. haha.. lawak pun adalah!
sesempoi mungkin!
entahlah! bila aku try cakap skema...mcm tak sampai je benda tu..tp bila dengan cara ku.. aku sangat2 puas hati! rasa macam kapal terbang..laju je...

fuhhh..
tapi paling best aku rasa adalahh..

i do my viva..depan adik2 usrah!!
terima kasih sayang!

subhanallah!
sungguh, mereka inspirasiku :)

terima kasih!

apa tajukku?

--> tajuk saya adalah 'Meningkatkan Kemahiran Mengingat sirah Nabi Muhammad s.a.w menggunakan TV Sirah'

skema tak ayat nii..? :D

hah, sape yg nak jalankan kajian ni nanti..roger2!

Monday, September 12, 2011

Saturday, September 10, 2011

untukmu

untuk sahabat ^_^ Miss Farah

Kadangkala kita senyum sekadar utk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya utk mengubati kesedihan dlm diri,

Adakalanya kita melangkah dgn penuh yakin sedangkn perasaan goyah menunggu rebah,
Bila menangis tdk siapa yg tahu.. Semuanya demi maruah diri...

Walau siapapun kita, dimana kita berada, langit tetap dijunjung, tanah tetap dipijak..

Selagi kita hidup..
langkah mesti diteruskan!


Jgn sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk للّهُ" yg sedang diuji oleh-NYA.


jadikan apa sahaja yang berlaku sebagai TARBIAH Allah buat kita :)
keep strong. keep du'a!!

Friday, September 9, 2011

emosi

emosi selalu saangaaat dikaitkan dengan 'perempuan'

ye la kot!

huhu..

entahlah!
banyak benda berbeza sebenarnya!

kalau sesuatu perkara tu..dilihat dari sudut 'akal' - benda tu tak ada apa-apa pun!
tapi kalau benda tu dilihat dari sudut 'emosi' - benda tu ada something~

pesan sahabat ku.. kalau kita selalu pesan jangan marah2 sangat..kena juga pesan kena kawal SENSITIF :)


betullah kan?
selalu orang mesti salahkan orang yang 'mudah angin' atau apa sahaja..
tapi kalau kita yang sensitif kadang2 over sangat.. kena BETULkan jugak tu...

dua2 kena kawal.
atau.. berlapang dada~

+++

make it simple! right time..

Wednesday, September 7, 2011

luahan hati

I WONDER. memetik satu puisi indah..dari seorang akhawat :)

Sometimes when I reflect myself,

It does make me wonder,

Am I in the right path?

Am I doing the right thing?

Why everyone keep silence?

Or Im the one who make the mistakes?

Speechless… hopeless…

Or shall I just keep my own business?

And let the life goes as it like..

Huhhh..

I wonder…

How should I act now?

If I keep silence and not moving,

Definetely Im the loser,

But when I try to work out things,

Looks like Im the only one doing that way,

How should I act now?

Does this act pleased Allah?

Ooo Allah…

Im hopeless now without Your guide.

Please guide me

To the right path.

++

aku kini..

melepaskan nafas perlahan-lahan..


Sunday, September 4, 2011

Satu Perjalanan :)

Jaulah ke Langkawi :)

Suatu perjalanan..

Mengajar erti kesabaran,

Menghayati erti ukhuwah,

Inspirasi baitul dakwah..

Hanya kerana Allah..

Tuhan Pemilik Hati Insan…

+++

2/9/11 : perjalanan dari Baling ke Perlis ke Langkawi. Bersama kak Sumayyah dan kak Noni :)sungguh mengujakan!

3/9/11 : inspirasi Baitul dakwah.. keberkatan dan keredhaan Allah itu bermula dari sebelum pernikahan… wanita yang baik untuk lelaki yang baik~ untuk sama2 memperjuangkan kalimah haq ini..

4/9/11 : Jaulah ~ Cable Car, Oriental Village dan sedikit shopping2.. dan berlari2 hampir ditinggalkan feri. Hohoooo!

5/9/11 : masuk ke kelas..dengan latihan yang tidak siap dan muka blur. Eh..smua classmate aku begitu!