Wednesday, January 19, 2011

Nelayan & Jerung

Usai bermandi manda bersama kak cik, kak aminah, kak akmar dan kak ayu.. aku dan kak cik naik ke batu besar. Badan menggigil kesejukan. Kebetulan di sebalah batu adalah air yang static. Nampak lesu. Dan kotor.

Soal sahabatku, “pernah dengar x kisah air?”

Aku seakan pernah mendengar kisah tu, mengerutkan muka.

“hmm? Yang mana?”

Katanya “rosaknya air kerana xbergerak”

‘ohh.. static. Rosak pemuda kerana statik’

Aku senyum. Teringat petikan kata2 dari Aku Terima Nikahnya, Ustaz Hasrizal.

+++

Halaqah terakhir musim cuti…

The Fisherman and The Shark @ nelayan dan jerung.

Kisah di Jepun. Kebanyakan rakyat Jepun sukakan ikan yang fresh, yang belum mati. Segar.

Lalu si nelayan turun ke laut mencari rezeki. Susahnya nak cari ikan segar, yang x mati! Hanya di laut dalam saja yang boleh dapat. Macamna nihh?

Lalu, turunlah si nelayan ke laut dalam dan menangkap ikan2 untuk penggemar ikan segar. Ahh..harganya tentu mahal!

Lalu dimasukkan ke dalam kotak.. sampai di daratan.. ‘ikan aku mati~ dah tak segar’ tiada pembeli. Kecewalah si nelayan. Hampa.

Camna nak hasilkan ikan segar ni??

Si nelayan turun semula ke laut dalam, mencari ikan2 segar.

Dalam menangkap ikan, seekor jerung tiba2 sesat dan nelayan berfikir seketika..

+++

Waktu ni, aku tertanya2. Nak bawa ikan jerung tu ke jual? Ke ikan jerung lambat mati?? *sains xpandai* :p

+++

Kemudian, cerita disambung..

Nelayan berfikir..

‘kalau aku bawa balik jerung ni, letak dalam tong ni.. dia akan makan ikan2 aku.. tapi, ikan2 tu mesti xnak mati, mesti akan lari dari jerung ni…”

Nelayan pun meletakkan ikan jerungnya ke dalam tong besar yang ada ikan2 lain.

Akhirnya, apabila sampai ke daratan.. ikan2nya masih hidup!

+++

Haaaaaaaaaaaaa? Sepatutnya mati lah! Jerung mesti makan..

Rupa2nya begini..

Ikan2 kecil akan berenang ke sana sini menyelamatkan dirinya dari mati. Akan bergerak ke sana sini apabila dikejar2 oleh jerung.

Nampak ibrahnya?

+++

Ikan tersebut mati dalam tangkapan pertama kerana tidak bergerak, berada di dalam zon selesa. Static.

Ikan dalam tangkapan kedua, segar bugar walaupun ada jerung. Kerana jerung itu membuatkan ikan2 tersebut bergerak ke sana sini. Hidup kerana bergerak.

+++

Kita? Static atau bergerak?

Kita akan rosak sekiranya tidak bergerak. Bahkan terus ‘hidup’ sekiranya bergerak.

+++

Misi 2011 – nak cari jerung. Mahu menghampiri jerung. Mahu hidup bersama jerung!

Agar aku tidak mati seperti ikan2.. seperti air yang rosak kerana static.

Ayuh cari JERUNG!

^_^

No comments:

Post a Comment