Saturday, February 26, 2011

Allah itu ada..

Allah itu ada,

sentiasa bersama kita

susah,

senang

kita sentiasa ada Dia

untuk berpaut,

untuk mengadu,

untuk meluah rasa,


Dan Dia,

akan sering berikan kita kekuatan,

meringankan beban di dada

mensurutkan resah di jiwa

melapangkan kusut di fikiran

serta membuka jalan yang amat luas

bagi kita meneruskan perjalanan.


Masalah,

ujian,

pasti hadir dsetiap langkah kehidupan.

Ada kala ia menyentak kita,

terjelupuk di tengah perjalanan,

namun,

kita harus bangkit

istighfar

istighfar

mungkin inilah kafarah dosa-dosa yang silam.

Allah pasti membantu kita,

dan menjadikan mudah,

masalah-masalah kecil kita

agar lebih segar jiwa kita

memikirkan masalah-masalah yang besar.

betapa banyak masalah kecil , menjadi besar kerana kita membesarkannya. Sedangkan masalah lebih besar lagi tidak dipedulikan.

Dan kita harus cari penyelesaian dalam setiap halangan-halangan yang menimpa.

kerja kita terlalu banyak

mehnah-mehnah ini adalah batu-batu kecil

yang Allah campakkan

untuk kita lebih mendekati diriNya

untuk lebih suci jiwa untukNya

jangan mundur ke belakang

atau beku kerana tekanan

takut-takut,

kita lambat sampai ke tempat tujuannya.

sedangkan syurga itu

mahal hargaNya

sabarlah

istighfarlah

dan berdoalah

kerana,

Allah itu ada…

+++

klik sini untuk baca dari empunya blog : muharikah


Aku Rindu Zaman itu...

Aku rindu zaman ketika usrah adalah kemestian, bukan sekadar sambilan apalagi hiburan ...


Aku rindu zaman ketika membina anak-anak usrah adalah kewajiban bukan pilihan apalagi beban dan paksaan …


Aku rindu zaman ketika daurah menjadi kebiasaan, bukan sekedar pelengkap pengisi program yang dipaksakan …


Aku rindu zaman ketika tsiqah menjadi kekuatan, bukan keraguan apalagi kecurigaan …


Aku rindu zaman ketika tarbiyah adalah pengorbanan, bukan tuntutan, hujahan dan sampingan….


Aku rindu zaman ketika nasihat menjadi kesenangan bukan su’udzon atau menjatuhkan…


Aku rindu zaman ketika kita semua memberikan segalanya untuk dakwah ini …


Aku rindu zaman ketika nasyid ghuroba manjadi lagu kebangsaan…


Aku rindu zaman ketika hadir usrah adalah kerinduan dan terlambat adalah kelalaian …


Aku rindu zaman ketika malam gerimis pergi ke Puncak mengisi daurah dengan wang yang cukup-cukup dan peta yang tak jelas …


Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah benar-benar berjalan kaki 2 jam di malam buta sepulang berdakwah di desa sebelah …


Aku rindu zaman ketika pergi usrah selalu membawa infaq, alat tulis, buku catatan dan quran terjemah ditambah sedikit hafalan …


Aku rindu zaman ketika anak usrah menangis kerana tak bisa hadir di usrah…


Aku rindu zaman ketika tengah malam pintu diketuk untuk mendapat berita kumpul di subuh harinya…


Aku rindu zaman ketika seorang ikhwah berangkat usrah dengan wang belanja esok hari untuk keluarganya…


Aku rindu zaman ketika seorang murabbi sakit dan harus dirawat, anak-anak usrah mengumpulkan dana apa adanya …

Aku rindu zaman itu …

Kata-kata "Sang Murabbi" KH Rahmat Abdullah

+++

di manakah aku..?

Monday, February 21, 2011

pujukan untuk diri..



Jangan bersedih. Lagu edCoustic yang selalu aku dengar~

“dunia ini masih seluas yang kau impikan, x perlu kau simpan duka itu,segala yang kau rasa.. memang ada waktu, agar kau bisa kembali semula..”

“la tahzan, inna Allah ma’ana” – ayat Rasulullah s.a.w kepada sahabat sejatinya, Abu Bakr.

+++

Mahu diluah, mahu saja berterus terang, mahu saja aku menjerit agar semua mendengar~ tapi.. kadang2 luahan kita tidak membawa apa2 makna. Baiknya adalah diam. Mudah. Tapi susah.

Kadang2 kita rasa keseorangan di dalam jalan ini.. namun hakikatnya kita tidak pernah seorang dalam perjuangan ini. Bahkan mereka telah melewati jalan ini dengan menempah syurga, maharnya ialah sabar.

Ya Allah.. aku juga mahu begitu.

Kadang aku sedih, kadang aku terkilan, namun ianya bukti tanda aku masih ada hati kan?

Kadang2 aku penat, letih dan tercungap2 meredah hutan belukar ini, yang bahayanya belum tahu apa dan bagaimana. Tapi itu tandanya aku berusaha kan?

***Sedang memujuk diri..hukhuk***

+++

Setahun? Kata murabbiyahku, ianya masa yang lama. Pada aku macam sekejap jer. Erm, namun aku tahu murabbiyahku banyak pengalaman, setahun macam2 boleh jadi. Ya..ya.. memang macam2 boleh jadi. 4 tahun mengenali classmate aku pun, dah cukup untuk melihat perubahan2 dalam diri masing2..

Hakikatnya, aku bangga menjadi generasi Y – generasi yang dikagumi oleh dr. Harlina – katanya generasi ini, asalkan sudah faham, maka akan terus bergerak~ tidak seperti generasi X, perlu di push ke depan. Itupun belum tentu mahu. namun, kadang2 akan ada sikap terburu2, mengharapkan natijah yang cepat~mahu proaktif dan produktif. Sedangkan hati tu milik Tuhan kan?

Ustaz Hassan Hudaybi menyatakan:

Da`wah ini akan berjalan dan bergerak sama ada dengan kita atau tanpa kita. Seorang aktivis da`wah tidak perlu sedih sekiranya tidak nampak hasil. Allah melihat usaha kita. Pengasas empayar Rom tidak sempat melihat kejayaan nya kerana Rom itu terbina dalam masa yang lama. Kalau sang pengasas itu juangnya semata-mata untuk melihat hasil daripada usaha itu berada dalam hayatnya,maka usahanya mungkin sekali usaha yang tergopoh gapah tanpa perancangan yang kukuh.

+++

Khaulah al-Azwar~ ku susuri sirahmu.

+++

Sabah? Sarawak? Kedah? Perak? Atau di mana-mana saja aku dipostingkan nanti, mampukah aku untuk teruss?

Ada lagi setahun. Masa yang ‘cukup’ untuk melakukan pelbagai kesediaan sebelum berjuang di medan sebenar. Betul kata murabbiahku.

Rasanya lagi mencabar. Paling aku takut ialah…

“masa mahasiswa, kita banyak peruntukkan masa untuk dakwah, tetapi kurang infaknya. Masa bekerja, kita sedikit peruntukkan masa untuk dakwah, tetapi banyak infaknya. Masa berkahwin, kita kurang dari segi masa dan infaknya”

Begitukah?

+++

Dan aku kan sentiasa dan terus2an yakin :

al-Hajj : 78

"&bjihadlh kmu d jln Allah dgn jhd y sbnr2ny. Dia tlh mmilih kamu, & Dia xdk mjdikn ksukarn utkmu dlm agma"


kerana janji Allah itu sentiasa dan selamanya benar.

aku & murid 1


ksh hr ni :- tayangan video Nabi Nuh & kaumnya.


murid : ustazah, depa buat berhala, pastu depa sembah?
ustazah : ya.. *angguk*
murid : bodoh la camtu..

***
murid : ustz, kt TV, ada crita yg dpa nak curi patung emas tu?
ustazah : *dlm hati.. alahai..banyak unsur TV dlm minda mreka*
ustazah : Tuhan boleh dicuri ker?
murid : diam *berfikir* - "tu lah.." murid2ku gelak.

++ renung2kan & selamat melakar kanvas akidah!

al-maidah : 35
"whai org2 y b'iman! btqwalh kpd Allah & crilh wasilah utk mdktkn dri kpdNY, & bjihdlh d jlnNy, agr kmu b'untung"

Seminar wanita & Keindahan Syariat



Alhamdulillah. Setinggi2 kesyukuran hanya buatMu. Yang sentiasa memberi dan terus memberi, sedang aku terus menerima dan menerima.

Selawat, buat Muhammad. Insan agung yang sentiasa ku hadam sirah2mu.. mudah2an cinta yang selama ini diucapkan, adalah cinta milik lelaki ini. Amin..

Sahabat2 yang membayar harga syurga dengan harta, jiwa dan darah. Mudah2an jalan ini, jalan yang dilalui, serupa dengan kalian dahulu.

semua muslim/ah.. Mudah2an dari syurga kita datang, kepadanya kita kembali.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Nikmat yang tidak terkira.

Hampir saja 3 tahun aku impikan untuk bertemu dengan insan ini. Insan yang selalu ku lihat di TV dengan hujah dan kepetahannya, insan yang selalu aku baca perkembangan di blognya, insan yang aku doakan, agar bertemu di dalam satu majlis ilmu bersamanya.

Ahad, 20 Februari 2011. Tarikh keramat. Tanda lintasan hati dan sebuah harapanku dikabulkan Allah. Benarlah,Allah sentiasa memberi.

Dr. Harlina Halizah binti Siraj.

Seorang insan yang cukup hebat dalam dunia tarbiahnya, cukup terkenal dengan kelantangannya dalam memperjuangkan isu2 dan hak wanita Islam. Dan yang sentiasa menyakini bahawa di dalam Islam, ada keadilannya.

Seminar wanita dan Keindahan syariat. Aku tekad. Tak kira esok sekolah atau x, apa yang jadi, jadilah. Aku nak pegi program ni! Tekad. Bulat.

+++

Wanita dan kebodohan

Wanita sebagai objek seks

Wanita sebagai hamba.

Itulah wanita yang dunia kini ibaratkan.

Langsung tiada maruah.

Tapi Islam datang.. dengan meninggikan martabatnya. Allah langsung tidak menilai lelaki atau perempuan, cantik atau tidak. Tetapi hanya ketaqwaan.

Mahu saja aku susuri kisah Asiah. Pasti kita semua selalu mendengarnya. Isteri kepada Firaun yang zalim. Dasyat! lalu..istana di syurga jua jadi dambaan..

Kini, Indahnya hidup bersyariat! Indahnya keadilan Islam.

+++

Wanita? Bagaimana wanita adalah bagaimana dia meletakkan dirinya.

Andai diibaratkan seperti lilin, maka lilinlah. Hancur begitu sahaja.

Tapi tingginya wanita itu adalah kerana dia sentiasa mengingati Allah!

Mengingati Allah dalam segala halnya.

Dalam ikhtilatnya

Dalam kerjayanya

Dalam keluarganya

Dan dalam tarbiahnya

Dan di dalam dakwahnya.

+++

Ya Allah. Aku mensyukuri kurniaanMu di dalam menjadikan aku sebagai seseorang yang membesar sebagai wanita.

Terima kasih pada ibu.. Mek Sum binti Abu Bakar. Seorang wanita yang amat kucintai sepanjang hidup ini!

+++

juga buat murabbiahku..yang dalam perjalanan menuju 'ibu' - Noorsuriani Yusop~

Semoga Allah memberi yang terbaik buatnya dan ya Allah, permudahkan urusan dunianya dan akhiratnya..aminnn....