Monday, February 21, 2011

pujukan untuk diri..



Jangan bersedih. Lagu edCoustic yang selalu aku dengar~

“dunia ini masih seluas yang kau impikan, x perlu kau simpan duka itu,segala yang kau rasa.. memang ada waktu, agar kau bisa kembali semula..”

“la tahzan, inna Allah ma’ana” – ayat Rasulullah s.a.w kepada sahabat sejatinya, Abu Bakr.

+++

Mahu diluah, mahu saja berterus terang, mahu saja aku menjerit agar semua mendengar~ tapi.. kadang2 luahan kita tidak membawa apa2 makna. Baiknya adalah diam. Mudah. Tapi susah.

Kadang2 kita rasa keseorangan di dalam jalan ini.. namun hakikatnya kita tidak pernah seorang dalam perjuangan ini. Bahkan mereka telah melewati jalan ini dengan menempah syurga, maharnya ialah sabar.

Ya Allah.. aku juga mahu begitu.

Kadang aku sedih, kadang aku terkilan, namun ianya bukti tanda aku masih ada hati kan?

Kadang2 aku penat, letih dan tercungap2 meredah hutan belukar ini, yang bahayanya belum tahu apa dan bagaimana. Tapi itu tandanya aku berusaha kan?

***Sedang memujuk diri..hukhuk***

+++

Setahun? Kata murabbiyahku, ianya masa yang lama. Pada aku macam sekejap jer. Erm, namun aku tahu murabbiyahku banyak pengalaman, setahun macam2 boleh jadi. Ya..ya.. memang macam2 boleh jadi. 4 tahun mengenali classmate aku pun, dah cukup untuk melihat perubahan2 dalam diri masing2..

Hakikatnya, aku bangga menjadi generasi Y – generasi yang dikagumi oleh dr. Harlina – katanya generasi ini, asalkan sudah faham, maka akan terus bergerak~ tidak seperti generasi X, perlu di push ke depan. Itupun belum tentu mahu. namun, kadang2 akan ada sikap terburu2, mengharapkan natijah yang cepat~mahu proaktif dan produktif. Sedangkan hati tu milik Tuhan kan?

Ustaz Hassan Hudaybi menyatakan:

Da`wah ini akan berjalan dan bergerak sama ada dengan kita atau tanpa kita. Seorang aktivis da`wah tidak perlu sedih sekiranya tidak nampak hasil. Allah melihat usaha kita. Pengasas empayar Rom tidak sempat melihat kejayaan nya kerana Rom itu terbina dalam masa yang lama. Kalau sang pengasas itu juangnya semata-mata untuk melihat hasil daripada usaha itu berada dalam hayatnya,maka usahanya mungkin sekali usaha yang tergopoh gapah tanpa perancangan yang kukuh.

+++

Khaulah al-Azwar~ ku susuri sirahmu.

+++

Sabah? Sarawak? Kedah? Perak? Atau di mana-mana saja aku dipostingkan nanti, mampukah aku untuk teruss?

Ada lagi setahun. Masa yang ‘cukup’ untuk melakukan pelbagai kesediaan sebelum berjuang di medan sebenar. Betul kata murabbiahku.

Rasanya lagi mencabar. Paling aku takut ialah…

“masa mahasiswa, kita banyak peruntukkan masa untuk dakwah, tetapi kurang infaknya. Masa bekerja, kita sedikit peruntukkan masa untuk dakwah, tetapi banyak infaknya. Masa berkahwin, kita kurang dari segi masa dan infaknya”

Begitukah?

+++

Dan aku kan sentiasa dan terus2an yakin :

al-Hajj : 78

"&bjihadlh kmu d jln Allah dgn jhd y sbnr2ny. Dia tlh mmilih kamu, & Dia xdk mjdikn ksukarn utkmu dlm agma"


kerana janji Allah itu sentiasa dan selamanya benar.

1 comment:

  1. sy ase teraru lg sedih membaca tulisan kamu.

    jgn mengalah

    teruskan usaha!

    fighting syahida!

    ReplyDelete