Monday, February 21, 2011

Seminar wanita & Keindahan Syariat



Alhamdulillah. Setinggi2 kesyukuran hanya buatMu. Yang sentiasa memberi dan terus memberi, sedang aku terus menerima dan menerima.

Selawat, buat Muhammad. Insan agung yang sentiasa ku hadam sirah2mu.. mudah2an cinta yang selama ini diucapkan, adalah cinta milik lelaki ini. Amin..

Sahabat2 yang membayar harga syurga dengan harta, jiwa dan darah. Mudah2an jalan ini, jalan yang dilalui, serupa dengan kalian dahulu.

semua muslim/ah.. Mudah2an dari syurga kita datang, kepadanya kita kembali.

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Nikmat yang tidak terkira.

Hampir saja 3 tahun aku impikan untuk bertemu dengan insan ini. Insan yang selalu ku lihat di TV dengan hujah dan kepetahannya, insan yang selalu aku baca perkembangan di blognya, insan yang aku doakan, agar bertemu di dalam satu majlis ilmu bersamanya.

Ahad, 20 Februari 2011. Tarikh keramat. Tanda lintasan hati dan sebuah harapanku dikabulkan Allah. Benarlah,Allah sentiasa memberi.

Dr. Harlina Halizah binti Siraj.

Seorang insan yang cukup hebat dalam dunia tarbiahnya, cukup terkenal dengan kelantangannya dalam memperjuangkan isu2 dan hak wanita Islam. Dan yang sentiasa menyakini bahawa di dalam Islam, ada keadilannya.

Seminar wanita dan Keindahan syariat. Aku tekad. Tak kira esok sekolah atau x, apa yang jadi, jadilah. Aku nak pegi program ni! Tekad. Bulat.

+++

Wanita dan kebodohan

Wanita sebagai objek seks

Wanita sebagai hamba.

Itulah wanita yang dunia kini ibaratkan.

Langsung tiada maruah.

Tapi Islam datang.. dengan meninggikan martabatnya. Allah langsung tidak menilai lelaki atau perempuan, cantik atau tidak. Tetapi hanya ketaqwaan.

Mahu saja aku susuri kisah Asiah. Pasti kita semua selalu mendengarnya. Isteri kepada Firaun yang zalim. Dasyat! lalu..istana di syurga jua jadi dambaan..

Kini, Indahnya hidup bersyariat! Indahnya keadilan Islam.

+++

Wanita? Bagaimana wanita adalah bagaimana dia meletakkan dirinya.

Andai diibaratkan seperti lilin, maka lilinlah. Hancur begitu sahaja.

Tapi tingginya wanita itu adalah kerana dia sentiasa mengingati Allah!

Mengingati Allah dalam segala halnya.

Dalam ikhtilatnya

Dalam kerjayanya

Dalam keluarganya

Dan dalam tarbiahnya

Dan di dalam dakwahnya.

+++

Ya Allah. Aku mensyukuri kurniaanMu di dalam menjadikan aku sebagai seseorang yang membesar sebagai wanita.

Terima kasih pada ibu.. Mek Sum binti Abu Bakar. Seorang wanita yang amat kucintai sepanjang hidup ini!

+++

juga buat murabbiahku..yang dalam perjalanan menuju 'ibu' - Noorsuriani Yusop~

Semoga Allah memberi yang terbaik buatnya dan ya Allah, permudahkan urusan dunianya dan akhiratnya..aminnn....

2 comments: