Tuesday, March 15, 2011

Istikharah Cinta

Istikharah ni..bukan untuk jodoh jer..tapi untuk semua hal kehidupan!
apabila kita serahkan segala masa kita untuk Allah. insyaAllah! Allah akan mengaturkan segalanya.. yakinlah
dan apabila kita selalu meminta pertolongan dariNya, pasti dibantu! bukankah Dia sebaik2 penolong?

+++
Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman di malam sunyi penuh do'a

Sebut nama Mu terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukmu
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Di penantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta..

+++

sudah ada 1 nama~ NEGERI POSTING~
^___^
semoga pilihan Allah adalah yang terbaik =) amin...

posting ke mana?

posting?
huhu..isu hangat budak2 kelas aku sekarang nih~ rasanya semua kot!

aku? entahlah..
Sabah? Sarawak? Kedah? Perlis? KL?
ahh..dan 14 buah negeri di M'sia ni..

kata mak 'dekat2 dahh..'
kata abang ' muda2, p jauh2'
kata kak 'g la mana pun, dah namanya kena berkhidmat, orang memerlukan khidmat kita.. bukannya g tujuan sia2..tapi berdakwah'

dush..dush..dush..

memang terkena laa dek kak aku~ istilah 'dakwah' yang dia gunakan memang mematahkan hujah aku.. konon tidak mahu jauh2.. sebab nak duduk dengan mak ye?? ehem2..

+++
entahlah..hingga kini, ikhlas aku cakap..aku belum buat keputusan. dan seharusnya aku sudah ada jawapan~ tapi entahlah!
aku bimbang.. adakah tempat yang baru akan 'baru' atau 'meriah'?
bimbang.. aku takut aku kan tersungkur..

+++

ya Allah..istiqomahkan aku.. dimana sahaja Kau takdirkan aku..aku yakin ia adalah yang terbaik menurut ilmuMu..sedang aku, tidak mengetahui..

duhai hati~ tetaplah! tetaplah! tetaplah!

ke mana dirimu kan pergi..di situ kakimu harus terus melangkah..

genggamlah bara Islam ini.. genggamlah azammu.. suburkan tarbiah..tetaplah tsabat!

di mana dan di mana..urusan itu serahkan pada Allah.. semata2..

bismillahi tawakkaltu 'ala Allah
Allahumma yassir wala tu'assir...

aminn...

Monday, March 7, 2011

unknown..

“Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.” (Muhammad: 31)

+++

berusahalah untuk istiqamah. kekuatan harus dicari, bukan ditunggu.. sudah2lah.. berhentilah mencari alasan demi alasan..

mujahadah itu muwasofat tarbiah kan? perit dan jerih, namun buahnya manis..

+++

"barangsiapa kehendaki, nescaya dia akan menempuh jalan kembali" - 78 :39

adakah selepas ini, kita akan sentiasa di tapis dan ditapis..?

Friday, March 4, 2011

sampai satu tahap..?

bismillah..

sampai satu tahap kita akan rasa kita cukup
sampai satu tahap kita akan rasa hidup kita sudah sempurna..
sampai satu tahap..segala keperitan itu adalah manis

kerana.. Allah sudah ada di dalam hati kita..

+++

adakah Allah ada di hati kita?
adakah Allah ada di dalam hatiku?

Tuesday, March 1, 2011

3 MAC

Bismilillah..

Hari ini 1hb. Esok 2hb. Lusa 3hb..

1/1 – semua tahu kan? Tahun baru. New year!

14/2 – semua tahu kan? Valentine’s day – hari kekasih!

3/3 - ???

+++

‘I’m not going to give one inch of Palestine to the Jews as Palestine is not mine to give, but it belongs to the ummah and ummah have shed blood to defend this land, but if one day the Islamic state falls apart, then you could have Palestine for free, but as long as I’m alive I would rather have my flesh be cut up, then cut Palestine from the Muslim land. I will not allow any carving while we are alive’ – Sultan Abdul Hamid II

+++

Berakhirnya khilafah Islam. Adus.. sejauh mana kita rasa hilangnya khilafah?

Ohh kawan, para sahabat mencari khalifah, amir ummah pengganti Rasulullah

Ohh kawan, tika itu jasad Rasululullah belum disemadikan..

Ohh kawan, bukannya para sahabat tidak sedih! Bahkan pilu.. dengan kewafatan seorang Rasul yang berjuang bersama2…

Lalu, kerana pentingnya amir of this ummah, perlu dan perlu..lalu Abu Bakr dilantik.

Siapa kini?

+++

Khilafah dah berakhir. baru saja berakhir.. baru 1924 yang lalu. Fresh lagi. Tapi akan ada mulanya semula. Ia kemenangan yang dijanji! Dijanji oleh Allah. Bukan sesiapa. Tapi Allah iaitu Tuhan!

sama ada kita mahu melihat atau bangkit bersama dengan kebangkitan ini?

Kita kembali membuat sejarah atau kita menjadi sejarah?

+++

Al-Fateh, Salahuddin al-ayubbi. Ayuhh…

Kita sama2 membina. Bukan aku. Bukan kau. Tapi ‘kita

Jom ‘wahan free’

3/3. Adakah kau lupa?