Sunday, May 15, 2011

Allah ada pada setiap keadaan!

salam alayk~ sekian lama..x updet blog. bukan apa, mslh line, mslh masa, mslah dan mslh2 lain lgi lah!

aku mahu menulis sesuatu.. untuk bercakap kpd hati sndiri.. yg kdg2 ragu, kdg2 ykin.. yg hatinya mudah dpengaruhi..kerana sllu direbuti..

semalam.. hmpir 3x tlintas di fikiran aku.. 'eh, 3 hari lgi exam! cmna ni.. '
masa tu ada prog kot! dalam hati. Allah tolonglah aku~ then, untuk tepis apa y syaitan bisikkan.. aku bkak surah Muhammad ayat 7..

dan hati yang galau..bertambah yakin! Allah itu ada..

then, hari ni..berpagi2an bangun *ceh..smgt nak study :p *
bukak fb dlu ^__*, trjumpa link dr pnulis MUHARIKAH... blog yg sllu ak baca~
ditulisnya ALLAH PASTI BERSAMAMU..

+++

Allah suruh kita berusaha untuk kita DAPATKAN PAHALA dari Allah.

Untuk mendapat pahala jihad.

Bukan untuk mendapatkan keputusan.

Kerana keputusan yang baik, kejayaan yang cemerlang, adalah hadiah dan rahmat dari Allah.

Kejayaan datang BUKAN kerana usaha kita.

Dan kita perlu sangat benar-benar bersungguh-sungguh dalam study kerana kita nak sangat Allah menangkan Islam dan dakwah. Dan kita mahu sangat agar study kita tak menjadi fitnah buat dakwah. Dan kita benar-benar mahu Allah bantu kita dalam ijazah, agar dengan ijazah ini dapat melajukan kita dalam dakwah.

Makanya, study itu menjadi ibadah teragung dan termulia, kerana kita benar-benar berharap Allah menangkan dan mudahkan dakwah ini, bila kita dapat kejayaan dalam study kita ini.
Dan kerana itu , doa kita sendiri dihalakan kepada itu: Berdoa kepada Allah agar Allah bantu kita dalam ijazah, agar Allah dapat menangkan dakwah melalui ijazah itu.

Dan di situlah, kamu akan rasai kekuatan yang luar biasa dan motivasi imaniyah yang sangat membakar jiwa kamu.

Dan kamu akan benar-benar faham, bahawa, kita study ini adalah benar-benar jihad di jalan Allah.

Kerana itu kita takkan aim hanya lulus ( walaupun medik mmg sangat susah nak luluskan pun!) tapi kita nak menjadi sangat terbaik dalam peperiksaan kita.

Namun, jika Allah berkehendakkan sebaliknya, berupa kegagagalan, yakinlah,itulah yang terbaik buat kamu. Dan bukanlah hukuman Allah buat kamu.

Yakinlah perkara itu, walaupun dirimu sangat hiba dan tertekan saat itu berlaku, kerana Allah takkan meninggalkan hambaNya sendirian,

karya penuh : muharikah, Allah pasti bersamamu

Apa yang Allah taala minta kita buat sekarang, adalah terus menerus berusaha. Usaha kerana Dia suruh usaha. Dan doa minta Allah bantu kita dalam ijazah untuk menjayakan dakwah kita.

Dengan itu, sebaik sahaja kamu selesai jihad dalam medan pena, kamu akan terus sahaja berlari di dalam medan jihad sebenarnya; itulah dia dakwah.

+++


yeha.. aku sudaa mahu study!

erk..semalam ter..merungut jugak dekat mak cik.. 'xtau la makcik..x study apa lgi'

tapi dengan senyum..mak cik jawab 'Smoga Allah pmudahkan sgl urusan'


haisy! kita bantu agama Allah, Allah akn bntu kita..dlm stiap keadaan! wlu usaha kt xbnyk.. tapi Allah itu adil.


Allah ada!

No comments:

Post a Comment