Thursday, May 19, 2011

Tribute ~ Sis Aisyah

Alhamdulillah.. alhamdulillah.. Alhamdulillah.

Sentiasa bersyukur. Walau hanya seketika bertemu. Allah kurniakan satu nikmat yang besar.
Nikmat ukhuwah. Nikmat iman. Nikmat mengasihi kerana Allah. Sejauh mana kasih sayang ini, Allah sahaja yang tahu~

Hari ini, ulangtahun kelahirannya. Selalu berdoa buatnya.. moga Allah mempermudahkan segala urusannya. Dunya dan akhirah.

Mungkin orang tertanya2.. kenapa begitu bermakna pertemuan ini?

Jawabku. Kerana dia akhawat. Sungguh! Kerana dari Allah, melalui dia..

Kerana dialah yang membuatkan aku berfikir.

Atas tujuan apakah aku di sini?

Apakah yang telah aku lakukan untuk Islam?

Hanya 1 ayat dari dia.. ‘cuba balik fikir, nak buat apa dekat adik2’ – masa tu.. masa mood main2 dalam usrah. Masa tu mood yang sangat jahiliah. Bila fikir balik. Malu pun ada! Huuu

Still ingat. Usrah yang berlatarbelakang sunset!

Masih ingat.. masih ingat!

Dan selalu ingat. Pesan dia ‘ walau seorang, daawah perlu berjalan!’ – waktu tu aku tak pernah cakap, aku sangat sedih dan selalu rasa berat keseorangan..

Masih juga ingat ‘kerana minority kita akan saling menguatkan’

Masih ingat nasihatnya tentang ‘logam’ dan kerana ‘logam’ lah menjadikan aku sentiasa berkobar-kobar!

Sis! Jauh atau dekat. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih kerana sudi memimpin tangan ini ke satu jalan. Yang jalannya jauh, tetapi dengan adanya dia..jalan ini menjadi dekat. Yang susah menjadi senang. Dan yang gelisah..sentiasa bertukar menjadi tenang!

Semoga Allah mempermudahkan dan menerima segala amalnya. Amin

Selamat hari lahir!

*hiii...dia tak tau ad blog.. rasanya dia xbaca.. but masih nak post..sebab dia murabbi yang terlalu istimewa!

No comments:

Post a Comment