Monday, July 25, 2011

pagar syurga dan neraka~

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w bersabda yg bermaksud:

“Ketika Allah telah menciptakan syurga, Allah berfirman kepada Jibril;

‘Pergilah, lalu lihatlah syurga itu.’

Malaikat pun pergi dan melihat kepadanya. Kemudian ia datang dan berkata;

‘Wahai tuhanku, demi keperkasaan-Mu,tidaklah seseorang mendengarnya melainkan ingin memasukinya.’

Kemudian syurga dipagari dengan ketidaksenangan.

Dan Allah berfirman;

‘Wahai Jibril, pergilah dan lihatlah kepadanya.’

Ia pun pergi dan melihat kepadanya, kemudian ia datang dan berkata;

‘Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, sungguh aku khuatir tidak ada seorang pun akan memasukinya’

Nabi melanjutkan:

Ketika Allah menciptakan neraka, Dia berfirman:

‘Pergilah dan lihatlah kepadanya.’

Ia pun pergi lalu melihat kepadanya, kemudian datang seraya berkata:

‘Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, tidaklah seorang yang mendengarnya lalu ingin memasukinya.’

Lalu neraka dikelilingi dengan kesenangan dan Allah berfirman;

‘Wahai malaikat, pergilah dan lihatlah kepadanya.’

Ia pun pergi lalu melihat kepadanya, kemudian datang seraya berkata;

‘Wahai Tuhanku, demi keperkasaan-Mu, sungguh aku khuatir tiada seorang pun tersisa melainkan memasukinya.”

(Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi, al-Nasa’i dan Ahmad)

...

dan kadang2 kita akan lemah~

maka carilah Allah.
setiap saat!

Monday, July 11, 2011

apa yang kita rasa..

apa yang kita rasa
kadang2 salah
kadang2 betul.

tapi untuk 'dosa' yang kita lakukan.. mintalah fatwa dari hati.. ini pesan Rasul.
kalau hati resah, gelisah...bersalah.. mudah2an 'hidayah' Allah kita rebut...

lakukan perubahan dalam diri..
secepat mungkin.
entah. 1 saat selepas ini.. tidak berpeluang lagi....