Tuesday, September 27, 2011

aku tak tau nak cakap mcmna..
tak reti nak explain mcmna..

syahida sayang!
semua orang tahu..
kamu tak boleh melakukan sesuatu dengan baik dalam satu2 masa.
kerana anda juga spt manusia lain. ada masa lemah. ada masa kuat.
slowly ok? Allah will help!
beru ruang dan masa untuk diri sndiri...

****
OFF to Baling.
saya perlukan dakapan hangat seorang ibu!
saya perlukan senyuman dari seorang ayah!

Sunday, September 25, 2011

adakah itu alasan?

dalam pelbagai aspek kehidupan..
kita akan usahakan apa yang kita nak. kan?

tapi dalam setiap perkara kebaikan..
adakah kita menginginkannya?

contoh.
kalau kita ada program tarbiah.. pagi hingga malam...
naqibahku selalu mengajar. datang! walau sekejap~

see?

kalau tak dapat malam..datang siang..dan sebaliknya

entahlah.
bagiku, nak seribu daya. tak nak seribu dalih.

beralasanlah apapun..
kerana jalan ini..jalan pilihanNya

sama ada kita mahu terpilih atau kecundang.. atas usaha kita.
insyaAllah, berdoalah dan berusahalah
agar Allah menjadikan kukuhnya kaki-kaki ini

amin!

Wednesday, September 21, 2011

bila pokok kita tidak dibasahi dengan air..

Kuatkanlah akar dengan hujan Allah...

akarnya adalah.. keimanan kepadaNya


kuatkan tarbiahmu

bukan senang. bukan mudah.
namun, segalanya perlu diteruskan

demi syurga Ilahi
demi menjemput cintaNya dalam sebuah kehidupan

+++

huhuhuuu.. tiba-tiba aku sangat2 rindu zaman itu.. zaman yang sentiasa hidup bersama sentuhan2 nya..

Monday, September 19, 2011

my VIVA Kajian Tindakan

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah!
seratus, seribu dan sejuta... seinfiniti..kesyukuran kepada Allah..

huhhhhhhhhhhhh............ nafas panjang dilepaskan~

kenapa?

oh... sekarang.. dah MERDEKA dari Kajian Tindakan. baru je siap viva nihh!!!
sekarang pun dalam dewan lagi.. tengah taip2 sambil dengar kawan lain present..
serius.

huh. mcm2.. lawak pun ada~

ekceli..aku siapkan teks untuk nak cakap ape nanti.. ceh. panjang lebar, penat aku tulis..plan dan plan. nak ckp ape nnt..

saat yg paling mendebarkan~ bila kena present..
satu..dua..tiga.. nama dipanggil

Noorsyahida Salleh :)

akhirnya..
heh. bila present tu.. awal tu aku sendiri rasa serius. rasa macam air cond tu dah panas!

tapi bila dekat2 tengah present tu..perangai aku datang dahhhhhh.. almaklum, bila je aku boleh skemaa??????????

dengan sempoinya..dengan main cakapnye.. terus je aku redah.. haha.. lawak pun adalah!
sesempoi mungkin!
entahlah! bila aku try cakap skema...mcm tak sampai je benda tu..tp bila dengan cara ku.. aku sangat2 puas hati! rasa macam kapal terbang..laju je...

fuhhh..
tapi paling best aku rasa adalahh..

i do my viva..depan adik2 usrah!!
terima kasih sayang!

subhanallah!
sungguh, mereka inspirasiku :)

terima kasih!

apa tajukku?

--> tajuk saya adalah 'Meningkatkan Kemahiran Mengingat sirah Nabi Muhammad s.a.w menggunakan TV Sirah'

skema tak ayat nii..? :D

hah, sape yg nak jalankan kajian ni nanti..roger2!

Monday, September 12, 2011

Saturday, September 10, 2011

untukmu

untuk sahabat ^_^ Miss Farah

Kadangkala kita senyum sekadar utk menutup luka dihati dan kadangkala kita ketawa hanya utk mengubati kesedihan dlm diri,

Adakalanya kita melangkah dgn penuh yakin sedangkn perasaan goyah menunggu rebah,
Bila menangis tdk siapa yg tahu.. Semuanya demi maruah diri...

Walau siapapun kita, dimana kita berada, langit tetap dijunjung, tanah tetap dipijak..

Selagi kita hidup..
langkah mesti diteruskan!


Jgn sesekali kesal dgn nasib diri kerana kita adalah sebahagian dari makhluk للّهُ" yg sedang diuji oleh-NYA.


jadikan apa sahaja yang berlaku sebagai TARBIAH Allah buat kita :)
keep strong. keep du'a!!

Friday, September 9, 2011

emosi

emosi selalu saangaaat dikaitkan dengan 'perempuan'

ye la kot!

huhu..

entahlah!
banyak benda berbeza sebenarnya!

kalau sesuatu perkara tu..dilihat dari sudut 'akal' - benda tu tak ada apa-apa pun!
tapi kalau benda tu dilihat dari sudut 'emosi' - benda tu ada something~

pesan sahabat ku.. kalau kita selalu pesan jangan marah2 sangat..kena juga pesan kena kawal SENSITIF :)


betullah kan?
selalu orang mesti salahkan orang yang 'mudah angin' atau apa sahaja..
tapi kalau kita yang sensitif kadang2 over sangat.. kena BETULkan jugak tu...

dua2 kena kawal.
atau.. berlapang dada~

+++

make it simple! right time..

Wednesday, September 7, 2011

luahan hati

I WONDER. memetik satu puisi indah..dari seorang akhawat :)

Sometimes when I reflect myself,

It does make me wonder,

Am I in the right path?

Am I doing the right thing?

Why everyone keep silence?

Or Im the one who make the mistakes?

Speechless… hopeless…

Or shall I just keep my own business?

And let the life goes as it like..

Huhhh..

I wonder…

How should I act now?

If I keep silence and not moving,

Definetely Im the loser,

But when I try to work out things,

Looks like Im the only one doing that way,

How should I act now?

Does this act pleased Allah?

Ooo Allah…

Im hopeless now without Your guide.

Please guide me

To the right path.

++

aku kini..

melepaskan nafas perlahan-lahan..


Sunday, September 4, 2011

Satu Perjalanan :)

Jaulah ke Langkawi :)

Suatu perjalanan..

Mengajar erti kesabaran,

Menghayati erti ukhuwah,

Inspirasi baitul dakwah..

Hanya kerana Allah..

Tuhan Pemilik Hati Insan…

+++

2/9/11 : perjalanan dari Baling ke Perlis ke Langkawi. Bersama kak Sumayyah dan kak Noni :)sungguh mengujakan!

3/9/11 : inspirasi Baitul dakwah.. keberkatan dan keredhaan Allah itu bermula dari sebelum pernikahan… wanita yang baik untuk lelaki yang baik~ untuk sama2 memperjuangkan kalimah haq ini..

4/9/11 : Jaulah ~ Cable Car, Oriental Village dan sedikit shopping2.. dan berlari2 hampir ditinggalkan feri. Hohoooo!

5/9/11 : masuk ke kelas..dengan latihan yang tidak siap dan muka blur. Eh..smua classmate aku begitu!