Wednesday, October 26, 2011

oh Allah!

oh Allah..
aku bukan insan sesempurna manusia..
dan aku adalah perempuan..
yang selalu melakukan kesalahan..
kesalahan yang kadang-kadang aku sedar...
dan kesalahan yang sering tidak sedar..

oh Allah..
andai sikapku dijadikan contoh.
aku pinta BUKAN!!
dan BUKAN!
kerana akhlakku tak setanding murabbiku..
tak setanding teman dakwahku..
dan apatahlagi setanding Rasulullah..

oh Allah..
andai itu yang dia harapkan..
jelaslah..

adakah aku sudah gagal?

Allah..please! jangan lepaskan aku walau aku mungkin sehina-hina manusia..

syahida, keep strong ok! Allah is always there. sentiasa ada untuk memaafkan..

Tuesday, October 18, 2011

Bismillah.

Alhamdulillah.

Hari ini 18 Oktober 2011

….

Dulu…

10 Julai 2006.

Dan hari ini.. tinggal beberapa hari sahaja lagi.. untuk sampai ke penghujungnya..

Dan hari ini.. aku mula mengemas barang. Kekok! Sudah 5 tahun, tak pernah kemas2 barang mcm ni..

Dan sedih!

Apabila dirasakan alam pengajian ini mula beransur pergi.

Dan sebenarnya. Aku mengelak. Melihat housmet mengemas2..dan aku masih lagi barang tersusun dalam almari..huuhhh

Mengelak kerana tak nak berakhir.

Tak nak berhenti.

Tetapi..

Sudah sunnatullah

Setiap pertemuan ada perpisahan.

Argghhh..

Ya Allah, kuatkan hati kami!

Sunday, October 16, 2011

It ends here

Alhamdulillah..ala kulli hal ya Allah
kerana.. pada hari ini aku masih seorang Muslim.
seorang Muslim yang mengembara..kekadang tersesat, kekadang lurus terarah..
ya Allah..pimpinlah aku dan sahabat2 ku untuk sama2 meniti pengembaraan ini..amin..

+++

alhamdulillah, berakhir.
kata mak cik 'last job!' ;-)
dan alhamdulillah..
walau chill pada permulaan, janganlah kita mengira Allah tidak akan menduga kita..
ketahuilah. di dalam jalan ini..tidak mudah.
ini yang telah aku pelajari!

dan kita akan diuji.
sebagaimana Zakaria digergaji,
sebagaimana Muhammad disiksa..

dan kita..
hanya tidak seberapa..

ya Allah..
permudahkan urusan kami...

Monday, October 10, 2011

i believe

I BELIEVE_ Irfan Makki feat Maher Zain


When you’re searching for the light
And you see no hope in sight
Be sure and have no doubt
He’s always close to you

He’s the one who knows you best
He knows what’s in your heart
You’ll find your peace at last
If you just have faith in Him

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
My biggest wish is to see you one day

I believe
I believe
Do you believe, oh do you believe?

Coz I believe
In a man who used to be
So full of love and harmony
He fought for peace and liberty
And never would he hurt anything
He was a mercy for mankind
A teacher till the end of time
No creature could be compared to him
So full of light and blessings

You’re always in our hearts and minds
Your name is mentioned every day
I’ll follow you no matter what
If God wills we’ll meet one day

If you lose your way
Believe in a better day
Trials will come
But surely they will fade away
If you just believe
What is plain to see
Just open your heart
And let His love flow through

I believe I believe, I believe I believe
And now I feel my heart is at peace


+++

mengira hari JOM

wow..

kita berhadapan dengan manusia kan? kita membina manusia kan?

huhuu.. susah nak berlapang dada dan bersabar macam Rasulullah.

tapi kena buat kan??

kata orang. yang susah tu indah..yang susah itu manis..

mereka di sekeliling kita adalah manusia ;-)

+++

tapi lapangan ini luas kan?

Allah mudah je. kalau Dia nak orang ni datang.. Dia akan takdirkan orang tu datang. dengan mudah. dengan senang. dengan tenang.

tapi..sebaliknya..

wahai bakal2 JOM.

bersyukurlah!

kerana anda adalah manusia yang dipilih Allah untuk disuburi dengan jiwa dan ruh tarbiah.

i believe.. do you??

takbir!

heheee..semangat dah!

jom sambung wat bookmark dan lain-lain..

i love ICT very much!

so much!

Saturday, October 8, 2011

huge

bila seseorang yang kita percaya kepadanya..
meminta kita melakukan perubahan yang sangat besar dalam hidup.
dan sangat!

kerana redha-Nya..


dengan bismillah...

keputusan harus dibuat..

Allahu Allah..
permudahkan urusan kami semua...

wahai diri.. biarlah!



salam alayk!
buat semua yang berada di atas jalan ini...
hayatilah..satu video.. hehe...created by diri aku sendiri ;p

insyaAllah.. kalau bermanfaat buat semua..ambillah..

moga Allah kuatkan hati kita untuk mujahadah! amin!

Friday, October 7, 2011

meniti kematangan

salam alayk.

hari ini.. belajar sesuatu yang baru. dan sangat baru. dan sangat terkesan!

bersangka baiklah.
kepada murabbi anda ;-)

kadang2 kita rasa keseorangan,
kena bergerak sendiri..
walhal kita baru setahun jagung.

hilang arah. hilang panduan. hilang sokongan akan kita rasakan.
apatah lagi.. jika murabbi kita sibuk..
lagilah kita akan rasa 1001 perasaan..
ketika itulah.. ianya menuntut kesiqohan yang tinggi..

dan kita akan mula mencari-cari insan yang dapat membantu kita
yang dapat memberikan kata-kata semangat..
di sinilah..kita akan mendalami erti ukhuwah..

dan kita akan mula berfikir dan berfikir..

aku nak buat kerja ni..tapi..
apakah langkah pertama kita..?
apakah yang perlu aku lakukan..?
apakah yang perlu..dan perlu..!

dan..
kadang-kadang, kita akan lemah
kerana kita rasa tidak dihiraukan, tidak dipedulikan..
kerana murabbi kita banyak tanggungjawab..
dan kita akan lemah! selemah-lemahnya!

ketika itulah..
kita akan membina semangat kita sendiri,
kita akan bangun sendiri..
dan kita akan lebih bersemangat waja selepasnya..
kerana ianya datang dari ikhtiar kita..

tapi percayalah!
semua itu.. mengajar kita melangkah lebih jauh.
semua itu.. mengajar kita berdikari.

dan semua ini mengajar kita.. di mana kita, walau seorang, kerja ini wajib dilakukan.
ia mengajar kita.. erti ketaatan.. erti kesabaran dan erti kedewasaan

kerana hakikatnya, manusia perlu di'tekan', barulah dia sedar!
kerana hakikatnya, manusia perlu di'biar'kan, barulah dia mencari!

lalu..
pesanku untuk diriku dan diri sahabat2ku...

bersangka baiklah.

tidak ada murabbi yang akan membiarkan mutarabbinya terkapai-kapai..
tidak pernah murabbi membenci mutarabbinya..

mungkin, Allah memberi kesibukan kepada murabbi kita..
untuk mengajar kita erti tarbiah sebenar.

mungkin, murabbi kita tahu..
kita hanya ke hadapan apabila dibiarkan.
kerana dia tahu..kita memiliki jiwa dan hamasah yang tinggi!

mungkin, murabbi kita mahu mentarbiah kita..
erti berdikari dalam dakwah..

dan bukankah murabbi kita lebih mengenali siapa kita?
bagai kita mengenali mutarabbi kita..


oh Allah.. ampunkan semua kesalahan dan kesilapanku dalam perjalanan ini..

Thursday, October 6, 2011

Wahai diri.. biarlah!

Wahai diri

Biarlah,

Biarlah mereka mengira menapaki jalan ini,

jalan para nabi,

jalan para sholihin,

jalan para shuhada’,

dan jalan para mujahidin..

adalah beban yang sangat berat!

Berat!

kerana harus banyak berhadapan dengan keadaan yang bertentangan dengan keinginan.

Berat!

kerana selalu berlawanan dengan realiti yang tidak sehaluan dengan harapan.

Berat!

kerana melihat kemungkaran dan kezaliman yang bermaharaja lela.

Berat!

kerana harus terus menerus berjalan melawan arus yang berbeza dengan kebanyakan orang…

Wahai diri

Biarlah..

Biarlah mereka menyangka seperti itu.

Kerana sebenarnya kita hakikatnya merasakan yang sebaliknya.

Kemanisan dalam kepahitan,

ketenangan dalam kesesakan,

kebersahajaan dalam kekalutan,

kemudahan dalam kepayahan,

kelapangan dalam kesempitan,

dan itu semua adalah..

kenikmatan yang tidak mungkin boleh dibayar oleh apa pun.

Kerana itu,

kita merasakan pengorbanan sebagai sumber kebahagiaan.

Kerana itu,

kita merasakan jerih perih dan kesulitan di jalan ini adalah kunci ketenangan hati.

Kerana itu,

kita merasa peluh dan darah di jalan ini adalah syarat meraih kesenangan kekal abadi…

Wahai diri

Tetapkan hati

Moga tidak berbelah bahgi

Dalam menggapai redha ilahi

Andai kau berpaling diri

Kelak kau yang menyesal di kemudian hari

Kerana hari yg dijanjikan itu PASTI

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” [al-Fushilat:33]

Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik” [ Yusuf: 108]

Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barang siapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) niscaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya.

Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [Al-Insaan: 29-30]