Friday, October 7, 2011

meniti kematangan

salam alayk.

hari ini.. belajar sesuatu yang baru. dan sangat baru. dan sangat terkesan!

bersangka baiklah.
kepada murabbi anda ;-)

kadang2 kita rasa keseorangan,
kena bergerak sendiri..
walhal kita baru setahun jagung.

hilang arah. hilang panduan. hilang sokongan akan kita rasakan.
apatah lagi.. jika murabbi kita sibuk..
lagilah kita akan rasa 1001 perasaan..
ketika itulah.. ianya menuntut kesiqohan yang tinggi..

dan kita akan mula mencari-cari insan yang dapat membantu kita
yang dapat memberikan kata-kata semangat..
di sinilah..kita akan mendalami erti ukhuwah..

dan kita akan mula berfikir dan berfikir..

aku nak buat kerja ni..tapi..
apakah langkah pertama kita..?
apakah yang perlu aku lakukan..?
apakah yang perlu..dan perlu..!

dan..
kadang-kadang, kita akan lemah
kerana kita rasa tidak dihiraukan, tidak dipedulikan..
kerana murabbi kita banyak tanggungjawab..
dan kita akan lemah! selemah-lemahnya!

ketika itulah..
kita akan membina semangat kita sendiri,
kita akan bangun sendiri..
dan kita akan lebih bersemangat waja selepasnya..
kerana ianya datang dari ikhtiar kita..

tapi percayalah!
semua itu.. mengajar kita melangkah lebih jauh.
semua itu.. mengajar kita berdikari.

dan semua ini mengajar kita.. di mana kita, walau seorang, kerja ini wajib dilakukan.
ia mengajar kita.. erti ketaatan.. erti kesabaran dan erti kedewasaan

kerana hakikatnya, manusia perlu di'tekan', barulah dia sedar!
kerana hakikatnya, manusia perlu di'biar'kan, barulah dia mencari!

lalu..
pesanku untuk diriku dan diri sahabat2ku...

bersangka baiklah.

tidak ada murabbi yang akan membiarkan mutarabbinya terkapai-kapai..
tidak pernah murabbi membenci mutarabbinya..

mungkin, Allah memberi kesibukan kepada murabbi kita..
untuk mengajar kita erti tarbiah sebenar.

mungkin, murabbi kita tahu..
kita hanya ke hadapan apabila dibiarkan.
kerana dia tahu..kita memiliki jiwa dan hamasah yang tinggi!

mungkin, murabbi kita mahu mentarbiah kita..
erti berdikari dalam dakwah..

dan bukankah murabbi kita lebih mengenali siapa kita?
bagai kita mengenali mutarabbi kita..


oh Allah.. ampunkan semua kesalahan dan kesilapanku dalam perjalanan ini..

No comments:

Post a Comment