Thursday, October 6, 2011

Wahai diri.. biarlah!

Wahai diri

Biarlah,

Biarlah mereka mengira menapaki jalan ini,

jalan para nabi,

jalan para sholihin,

jalan para shuhada’,

dan jalan para mujahidin..

adalah beban yang sangat berat!

Berat!

kerana harus banyak berhadapan dengan keadaan yang bertentangan dengan keinginan.

Berat!

kerana selalu berlawanan dengan realiti yang tidak sehaluan dengan harapan.

Berat!

kerana melihat kemungkaran dan kezaliman yang bermaharaja lela.

Berat!

kerana harus terus menerus berjalan melawan arus yang berbeza dengan kebanyakan orang…

Wahai diri

Biarlah..

Biarlah mereka menyangka seperti itu.

Kerana sebenarnya kita hakikatnya merasakan yang sebaliknya.

Kemanisan dalam kepahitan,

ketenangan dalam kesesakan,

kebersahajaan dalam kekalutan,

kemudahan dalam kepayahan,

kelapangan dalam kesempitan,

dan itu semua adalah..

kenikmatan yang tidak mungkin boleh dibayar oleh apa pun.

Kerana itu,

kita merasakan pengorbanan sebagai sumber kebahagiaan.

Kerana itu,

kita merasakan jerih perih dan kesulitan di jalan ini adalah kunci ketenangan hati.

Kerana itu,

kita merasa peluh dan darah di jalan ini adalah syarat meraih kesenangan kekal abadi…

Wahai diri

Tetapkan hati

Moga tidak berbelah bahgi

Dalam menggapai redha ilahi

Andai kau berpaling diri

Kelak kau yang menyesal di kemudian hari

Kerana hari yg dijanjikan itu PASTI

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?” [al-Fushilat:33]

Katakanlah: “Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik” [ Yusuf: 108]

Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barang siapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) niscaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya.

Dan kamu tidak mampu (menempuh jalan itu), kecuali bila dikehendaki Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. [Al-Insaan: 29-30]

No comments:

Post a Comment