Friday, March 30, 2012

rindu bertandang lagi

pada dirinya..
seorang demi seorang..
rindu pada nama itu..

hampir 2- 3 tahun mengenali mereka.
demi satu tujuan.
semuanya kerana Allah.
tidak lain..
dan tidak sama sekali kerana kepentingan peribadi.

bersama mereka.
ada racun. ada penawar.
racun yang dikirim Allah untuk menguatkan diriku di jalan Allah.
bertatih dan berlatih untuk berada di syurga abadi..

penawar untuk syurga Ilahi. walau ku tahu, syurga masih jauh.

rindu.
pada zaman membina.
zaman membina mereka.
mereka yang ingin.
inginkan cahaya Islam..

tika itu, aku tahu.
diriku bukan sesempurna manusia..
apatahlagi murabbi sehebat agung Nabi Muhammad s.a.w..

tetapi hanya menjadi seorang kakak..
buat mereka yang inginkan jalan ini.
jalan yang penuh kemanisan.
kerana jalan ini tidak sama dengan jalan-jalan yang dilalui orang lain..

walau kadang2..dipengaruhi emosi..
hingga mungkin ada di antara mereka yang pernah terluka.
pada sikapku.
pada sifatku..

***
sungguh, di bumi Sarawak ini.
tidakkan pernah sama seperti di Perlis.

hanya satu doaku sayang!
Allah akan menguatkan kalian bersama. bersama!
kalau dulu..
Nabi Muhammad pernah berkata 'la tahzan, innallah ma'ana' kepada sahabat
nya, Abu Bakr..
lalu ingin ku katakan serupa...jangan pernah bersedih..
kerana di sisi kita, ada Allah.. ada Dia.

***
bukannya tak pernah ku rindu detik usrah bersama,
detik qiam bersama.

bukannya tidak pernah air mataku mengalir ketika mengingati mereka,
bukannya tidak pernah dadaku sebak apabila berada dalam program2 tarbiah di sini..
kerana mengenang memori dan detik bersama mereka..
kerana berasa keseorangan tanpa mereka.
sunyi!

***
ya Tuhan,
andai segalanya dapat diputar..
inginku terus terusan berada di sisi mereka...

T_T

***
duhai adik2ku..
kuatkan kakimu di atas jalan ini.
mehnah itu pasti.
pasti!
kerana syurga itu indah. sangat indah!

Wednesday, March 28, 2012

macam takdak apa2 nak tulis.
cuma..

****
kadang2 bosan.
kadang2 hepi.
kadang2 best giler smpai rasa tak nak balik. eh?
kadang2 macam tak best sampai rasa nak blik sekg jugak!
tapi..
bila semua orang kata...
tahu x, awak paling beruntung?
eh..ye ke kak?
ye la..
umah ok, sekolah ok..bndar pulak tu. gaji pun cepat masuk..
ya Allah..alhamdulillah!

rupanya kita baaanyak sangat merungut..itulah, inilah..
tapi kita tak sedar rupanya kita banyak sangat bnda utk disyukuri!
tau tak??
:)

****

tiket dah beli..
huh?
hampir **** jugak lahhh...
melayang... fly fly.. terbang ja duit ni..

bila dua orang budak kedah yang tak pernah 'rasa' balik kg..
beli tiket flight..
wohohoo...mencabar!
tu la..dr dulu lagi tak pernah nak ambik tahu pasal kalendar..tambah2 cti sekolah.
sekarang ni mula lah..kalendar di tengan sokmo..

tapi tak apalah. lima bulan wohh kamek sik balik kedah...
tahu x, bila tengok muka mak ayah, dapat pahala?
hah..apa lagi?
jom balik kg!

eh... bru 29/3..
ada lagi berapa hari..nak sampai 25/5

T_T

Monday, March 26, 2012

dia

rindu dia.
untuk berada di sisi..
bersama mendokong dan menyokong.
saat untuk saling menjaga
dan menguatkan.

Monday, March 19, 2012

syukur

jom update laju2..cepat2..
ok, kali ni kita kembali serius.

bila aku online fb..
selalu tengok status fb sahabat2...
ada yang 'state' kan nak kahwin lah..
nak itulah
nak inilah
semua dapat.
perfect.

dari mula.
belajar.
berkahwin.
berkerja.
dan beranak pinak..
hoho..
pergh...chill giler hidup ko rupanya!

*******

hmm..bnyk yang aku fikirkan..

satu-satunya adalah..
adakah aku menjadi hamba yang bersyukur dengan segala nikmatNya?
sudah cukupkah persediaanku -hidup matiku - untuk bergelar abdan syakura?

indah. indah sangat. bila tengok kawan2 bahagia.
sejak dari zaman sekolah, ipg hinggalah kerjaya.

ada sahabat yang smooth sangat perjalanan hidupnya. chill giler!
ada yang tidak kurang hebat diuji Allah. dengan sangat hebatnya!

untuk rakan2 yang rasa, Allah permudahkan sepanjang hidupnya. cepat2lah bersyukur. takut di sana nanti Allah tak lagi izinkan anda untuk memilikinya..

untuk anda..
yang sentiasa tidak memiliki apa yang anda mahu..
ingatlah. Tuhan kabulkan doa dengan 3 cara...
1) bagi
2) bagi, lewat sikit (kat syurga termasuklah)
3) tak bagi.. tapi digantikan dgn ssuatu yang lebih baik

tengok.. betapa sayangnya Dia pada kita..

lalu, tiba2..
aku teringat detik usrah d'kampung..

kisah seorang sahabat.
95% ak yakin adalah Abdur rahman al-auf..sahabat yang kaya.
Beliau risau..kalau2 segala keindahan dunia yang diberikan Allah kepadanya tidak lagi diperoleh di syurga sana..

kita sepatutnya insaf kan?
woih! Dia sahabat kut? sure2 syurga di tangan.
sedangkan kita? hmm!
tu pun refleksi dia memang power. analitikal reflektif!
sampai boleh fikir macam tu..
bimbang takut Allah tarik nikmat tu kembali...

sedangkan kita?
syurga masih jauhhhh..
sangat jauh!

oh Allah.. T_T
andai di sana nanti, inginku miliki segalanya.
termasuk melihat zatMu ya Rabb!

biarlah..
andai tidak di dunia,
di sana menanti..

tsk..tsk..tsk...

anugerahNya

Allahu Allah..
baru sahaja menerima surat tawaran SPP sebagai jawatan tetap,
PEGAWAI PERKHIDMATAN SISWAZAH
19/3/2012
walau surat tiba di sekolah pada 12/3/12
(bukan pada waktu itu raptai konvokah? ha ah...)

kemudian, dikejutkan lagi..
dengan penerimaan GAJI pertama pada khamis ni..

ya Allah..
thummalhamdulillah!

anugerahMu..
nikmatMu..

Allah memberi apa yang kita perlu,
bukan apa yang kita mahu.
bila dihitung,
(gaji sahaja dengan sedikit2 elaun, tak termasuk elaun rumah, elaun bla bla...bla bla..) -banyak, malas nak taip..huhh???

cukup2 sahaja untuk bayar apa yang perlu..
rumah, makan, kenderaan mahupun tiket pulang ke semenanjung.
keperluan.

kalau nak ikut kemahuan?
hmm!
10k pun takkan cukup.
nafsu oh nafsu..

walau sedikit, mahupun banyak.
harus disyukuri.
kerana jika bukan Dia, pada siapa lagi harus kita menagih segala-galanya?
segala-galanya.
sesaje letak gmbr awan dr atas :)
subhanallah.
kuatkan pergantunganmu kepada Nya ^_^ tau tau!
gambar dicuri oleh kamek..dr zakwan, classmate. di fb beliau. :)

Sunday, March 18, 2012

Syria

ya Allah..

indah melihat hikmah pak cik dan mak cik2 di perhimpunan aman..

dan indah melihat semangat pemuda-pemudi di sana..

@@

jeles kut?!!

tapi apakan daya,
tugasku di sini..

Semoga Allah memelihara rakyat Syria

dan semua ikhwah akhawat..

ayuh...

kesibukan

oh Allah

cuti adalah sesuatu yang indah. sangat indah. terutamanya buat anak perantauan di Sabah/Sarawak..

buat masa-masa tertentu.
aku inginkan cuti.

buat masa-masa tertentu.
biarlah, biarlah hidupku dipenuhi kesibukan seperti selalu.

> supaya masa tidak terbuang begitu banyak.
sebab boleh online fb dengan lama :(
dan kadang2 terlagha dengan banyaknya...
oh dunia, indahnya tarikanmu..

> supaya hati boleh fokus pada usaha DnT
dengan bertemu insan-insan yang kusayangi..

andai..andai..andai,..

Rasulullah berada di hadapan,
sungguh aku malu!
dengan sikapku..

T_T
merindui esok.
yang sibuk.
selepas cuti.

Friday, March 16, 2012

menjiwai menjiwang lagi

"pertimbangkan yang sudi,
jangan terlampau cerewet memilih, mencari"


ps : jangan pelik bila cik syahida dah mula menjiwai menjiwang. sebab..
1. habis belajar..
2. dah konvokesyen.
3. bakal menerima gaji pertama (untuk pengetahuan : gaji sarawak, 3k +++, hehe.. tertunggak selama 3 bulan. jumlahnya? hallamak, tak pandai nak kira pulak. saya memang lemah matematik!) ^__^

tak apa, jiwang.. bukan menggatal. kan?

nikahlah, jika sudah mampu..
Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian (bujang) di antara kamu. (Surah al-Nuur: 32)

@@@@@

jawapanku :

untuk adik2 yang selalu mention tentang 'aku dan perkahwinan'

adik2,
tunggu lah ye..
namanya masih tersimpan di luh mahfuz Allah..
dan
Allah masih tidak mengatakan 'kun' pada takdirku..
apa yang mampu dilakukan adalah..
usaha, doa dan tawakkal.
oh, aku hanya manusia yang tidak tahu takdirku..
bukannya aku tidak terganggu dengan soalan perkahwinan..
kerana aku juga adalah manusia biasa

Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu. Sesungguhnya dalam hal itu terdapat tanda-tanda kekuasaanNya bagi orang-orang yang berfikir.


sama2 doa eh?
tadah tangan..selepas solatmu..
doakan diriku..

:)
status fb seorang adik..
tiba-tiba membuatkan hati menjadi kacau..
huhh??

"ketika Allah menginginkan dua hati bertemu..
Dia akan menggerakkan keduanya..
tidak hanya salah satu, dan..
apabila dua hati mengingati yang SATU,
maka mudahlah bagi keduanya untuk bersatu...

Apabila hati terikat kepada Allah dan RasulNya,
tiada yang menyakitkan,
tiada pula yang menakutkan..
dan tiada yang kesepian kerana Dia sentiasa memerhati.."

@@@@@

sesaja menjiwang di petang hari.
sebab bila di Sibu, nak buka fb pun tak sempat.
belog apatahlagi...

Thursday, March 15, 2012

:)

esok jam 6.50..
dari LCCT ke Sibu :)

alhamdulillah, pulang ke sana sebagai graduan.. 'pulang'? -heh, ayat macam sibu tu dah jadi tempat tetap tuh.. takle belah...!

ayoh kawan2..
hantar saya ke airport..plis..plis..?
terubat rasa rindu pada anda nanti.. (perempuan sahaja)

insyaAllah..
ingin pulang bersama plan strategik. eh?
plan macamna nak mendidik dengan lebih efektif dan super berkesan.
supaya generasi ini, adalah generasi yang akan bangkit...
hoho.. (semangat)

eh, hari ni masih di melaka...
jom keluar?
pergi pantai ke..
(cik syahida memang suka pantai) - duduk sorang2..tengok air, pasir, batu.. sampai beghejam-jam pun tak apa.

sebab?
nak jadi ulul albab.

sentiasa muhasabah diri..

sentiasa melihat keesaan Allah..

dan pada masa yang sama..
(layan jiwang..hoho)

berdoa..
supaya...
........................................
(eh? apakah itu? rahsia ^_^ )

oh Allah,
kuatkan hatiku..
berada jauh di sana.

syahida,
bukankah Rasulullah pernah menangis?
semasa di Madinah terkenangkan Mekah selepas Hijrah?
bukankah baginda juga punya keluarga di sana?
bukankah Mekah adalah tempat baginda membesar?

oh Allah, Rasul ke sana atas aturanMu ya Allah..
begitu juga aku..
ke sana.. atas aturanMu jua ya Allah..

andai..
andai..
semestinya..ini takdirMu
bawalah saja aku ke mana-mana..
jika itu yang terbaik..
untukku, kehidupanku..dunya dan akhirah..

oh Allah..
jadikan hambaMu ini,
hamba yang terpilih..

dan aku percaya..
hanya Engkau yang dapat membantu

ameen..

(saya sayang kamu kerana sudi membaca belog ini)

dan kerana membuatkan saya tidak keseorangan :)


jam 6.50, LCCT. esok ~

Inni akhafullah

Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku...

Sukarnya diriku mengerti dirimu
Pada nilai dan harga dirimu
Apa yang ku tahu diriku teruji
Dengan keanggunan wajahmu

Andai dikau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati

Lambaian sang bidadari
Kaburi mata ini
Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti

Ku menjauh...tak mahu ku tempuhi
Perjalanan yang suram ini
Ku menjauh...daripada ku teruji
Apa yang tidak pasti

Dikala kau menjelma
Ku bagai tak berdaya
Bergetar naluri di hati
Senyuman sang bidadari
Kaburi mata ini

Haruskah ku mencari
Apa yang tidak pasti

Akan ku lari jauh-jauh untuk menghindarkan diri
Kerna aku takut akan seksaan dari Tuhanku...
Ku lari jauh..jauh darimu...dari ujian ini...
Inni akhafullah!!! (Aku takutkan Allah)

>>>

mendengar lagu ni,
membuatkan aku terasa sesuatu...
adakah kita takutkan Allah?

Wednesday, March 14, 2012

aku ingin..

aku ingin.. segalanya..
namun aku sedar.. aku hanya manusia yang di tanganNya

ya Allah.
jika impianku..harapanku..mimpiku..
tidak kesampaian..

kurniakanlah ia di syurga sana :)

Tuesday, March 13, 2012

Alhamdulillah!

alhamdulillah
setelah lima tahun setengah PISMP di IPG Perlis,
akhirnya 15 saat di atas pentas PICC, menerima Ijazah
dan sekarang, telah bergelar graduan! :)

ucapan terima kasih..atas segala ilmu, atas segala pengorbanan, atas segala keikhlasan
dari pensyarah2 (guru pendidikku) IPG Perlis.. daripada 2006-2011
doaku sentiasa, di bidang akademik atau agama yang telah kalian sumbangkan,
mudah2an ianya kan mengalir mencurah2 di dalam catatan kiraman katibin!
ameen ya Allah...

untuk sahabat..yang bersama mereka, jatuh bangunnya insan bernama syahida a.k.a syahid :)

dan paling utama..
duhai emak, emak, emak
dan ayah
dan keluarga yang sangat2 mendokong dan menyokong adik bongsumu ini..
ucapan terima kasih, seinfinitinya!

Saturday, March 10, 2012

ia..
bagaikan ombak..
datang dan pergi
datang dan pergi
datang dan pergi..

saban waktu.

adakalanya menghempas pantai dengan begitu sesak..
adakalanya menghembus lembut. indah. menenangkan..

lalu, ku tanya pada diri..

pada siapa harus ku bertanya.
jawab ia...

pada Allah

:)

terima kasih duhai Allah.