Thursday, March 15, 2012

:)

esok jam 6.50..
dari LCCT ke Sibu :)

alhamdulillah, pulang ke sana sebagai graduan.. 'pulang'? -heh, ayat macam sibu tu dah jadi tempat tetap tuh.. takle belah...!

ayoh kawan2..
hantar saya ke airport..plis..plis..?
terubat rasa rindu pada anda nanti.. (perempuan sahaja)

insyaAllah..
ingin pulang bersama plan strategik. eh?
plan macamna nak mendidik dengan lebih efektif dan super berkesan.
supaya generasi ini, adalah generasi yang akan bangkit...
hoho.. (semangat)

eh, hari ni masih di melaka...
jom keluar?
pergi pantai ke..
(cik syahida memang suka pantai) - duduk sorang2..tengok air, pasir, batu.. sampai beghejam-jam pun tak apa.

sebab?
nak jadi ulul albab.

sentiasa muhasabah diri..

sentiasa melihat keesaan Allah..

dan pada masa yang sama..
(layan jiwang..hoho)

berdoa..
supaya...
........................................
(eh? apakah itu? rahsia ^_^ )

oh Allah,
kuatkan hatiku..
berada jauh di sana.

syahida,
bukankah Rasulullah pernah menangis?
semasa di Madinah terkenangkan Mekah selepas Hijrah?
bukankah baginda juga punya keluarga di sana?
bukankah Mekah adalah tempat baginda membesar?

oh Allah, Rasul ke sana atas aturanMu ya Allah..
begitu juga aku..
ke sana.. atas aturanMu jua ya Allah..

andai..
andai..
semestinya..ini takdirMu
bawalah saja aku ke mana-mana..
jika itu yang terbaik..
untukku, kehidupanku..dunya dan akhirah..

oh Allah..
jadikan hambaMu ini,
hamba yang terpilih..

dan aku percaya..
hanya Engkau yang dapat membantu

ameen..

(saya sayang kamu kerana sudi membaca belog ini)

dan kerana membuatkan saya tidak keseorangan :)


jam 6.50, LCCT. esok ~

No comments:

Post a Comment