Friday, March 30, 2012

rindu bertandang lagi

pada dirinya..
seorang demi seorang..
rindu pada nama itu..

hampir 2- 3 tahun mengenali mereka.
demi satu tujuan.
semuanya kerana Allah.
tidak lain..
dan tidak sama sekali kerana kepentingan peribadi.

bersama mereka.
ada racun. ada penawar.
racun yang dikirim Allah untuk menguatkan diriku di jalan Allah.
bertatih dan berlatih untuk berada di syurga abadi..

penawar untuk syurga Ilahi. walau ku tahu, syurga masih jauh.

rindu.
pada zaman membina.
zaman membina mereka.
mereka yang ingin.
inginkan cahaya Islam..

tika itu, aku tahu.
diriku bukan sesempurna manusia..
apatahlagi murabbi sehebat agung Nabi Muhammad s.a.w..

tetapi hanya menjadi seorang kakak..
buat mereka yang inginkan jalan ini.
jalan yang penuh kemanisan.
kerana jalan ini tidak sama dengan jalan-jalan yang dilalui orang lain..

walau kadang2..dipengaruhi emosi..
hingga mungkin ada di antara mereka yang pernah terluka.
pada sikapku.
pada sifatku..

***
sungguh, di bumi Sarawak ini.
tidakkan pernah sama seperti di Perlis.

hanya satu doaku sayang!
Allah akan menguatkan kalian bersama. bersama!
kalau dulu..
Nabi Muhammad pernah berkata 'la tahzan, innallah ma'ana' kepada sahabat
nya, Abu Bakr..
lalu ingin ku katakan serupa...jangan pernah bersedih..
kerana di sisi kita, ada Allah.. ada Dia.

***
bukannya tak pernah ku rindu detik usrah bersama,
detik qiam bersama.

bukannya tidak pernah air mataku mengalir ketika mengingati mereka,
bukannya tidak pernah dadaku sebak apabila berada dalam program2 tarbiah di sini..
kerana mengenang memori dan detik bersama mereka..
kerana berasa keseorangan tanpa mereka.
sunyi!

***
ya Tuhan,
andai segalanya dapat diputar..
inginku terus terusan berada di sisi mereka...

T_T

***
duhai adik2ku..
kuatkan kakimu di atas jalan ini.
mehnah itu pasti.
pasti!
kerana syurga itu indah. sangat indah!

1 comment:

  1. sayang akak :') terima kasih sudi hulurkan tangan membimbing diri yang hina ini.

    ReplyDelete