Sunday, April 29, 2012

rindu

alhamdulillah.
berakhir KBM SMVS Sibu :)

***
fasi menangis. rasanya lebih teruk.

oh..sapa tak ingat dekat rumah?
rasanya 5  bulan dah tak jejak Kedah.
jejak Melaka sahaja. *rasa mcam kena cari orang melaka*

sayu. sedih. bukan kerana melihat orang menangis.
tapi kerana terlalu rindu.
pada Emak dan Ayahanda tercinta nun jauh di sana.

sebenarnya. kalau nak diikutkan. susah jugak nak nangis ni.
tapi bila tengok adik2 semua salam, peluk, cium mak ayah...
takkan ego masih mampu bertahan?

ya Allah.
aku tahu, ibu ayahku ada Engkau.
yang akan Memelihara..

:)

pesan mak "kena sabar la.. bukan mak tak ingat. kadang2 teringat bila nak makan..nak tidur"
tapi bila fikir anak mak..senang kat sana. tu dah rasa bahagia..."

terus teresak2 menangis..
hebatnya kasih sayang seorang ibu.
asal melihat anaknya bahagia.
sudah cukup untuk membahagiakan dirinya...

pasti. syurga menjadi miliknya... ameen...

Wednesday, April 25, 2012

Happy Birthday 24th

bismillah...untuk hari yang baru.
alhamdulillah... untuk nafas yang tersisa.
allahu akbar! untukMu Allah. atas segala anugerah. atas segala kebesaranMu.
walau aku. manusia yang sering berbolak balik hatinya.
kerana aku. memiliki iman yang naik dan turun..

26 April 2012
tak diduga, masih memiliki umur 24 tahun.
kadang2 bimbang. mungkin tidak sempat.
kerana setiap dari kita, telah dicatatkan ajalnya..
bimbang, bertemu denganNya..membawa dosa yang masih menggunung..
allahu allah..

terima kasih atas peluang ini.
anugerah Ilahi.
NikmatMu ya Allah...

@_@

semalam, Alhamdulillah.
masih lagi memiliki kesempatan berbual-mesra dengan seseorang yang hidup matiku. ada pada redhanya.

terima kasih buat bonda. yang mengizinkan aku menumpangi rahimnya selama 9 bulan 10 hari.
untuk nyawa yang dipertaruhkan selama 8 kali. pada 1988.
untuk kesakitan yang diibaratkan mematahkan 20 tulang semata-mata untuk anak bongsumu ini..
untuk susuan selama bertahun cukup.
untuk segala suapan makanan.
untuk segala titisan air menghilangkan dahaga.
untuk segala kesabaran.
untuk segala ketabahan.
untuk segala kepedihan.
untuk segala-galanya!

hingga kini, didikannya mampu membuatkan aku berdikari jauh di bumi Kenyalang ini..

untuk mu duhai ayah.
ayahanda yang cukup sabar
memberi tanpa minta dibalas..

oh Allah. terimalah segala amalan mereka. dan letakkan martabat mereka di sisi kekasihMu ya Allah..

untukmu duhai abang, kakak dan anak-anakku.
hadirmu melengkapi hidupku..

erm..mak tanya : nak hadiah apa?
aku : nak doa mak je. dipermudahkan segala urusan dan dimudahkan rezeki... :)

@_@

untukmu..
yang mengirim doa dan ucapan.
percayalah!
Nabi pernah bersabda, mafhumnya.
kalau kita berdoa, malaikat akan mengaminkan untuk kita jua
“dan untukmu pun begitu juga!”

:)
segala doa, ku yakin. malaikat turun mengaminkan untukmu jua..

jazaka/illahu khairan jazak!

Monday, April 16, 2012

rindu.
pada satu dua tiga nama yang berjasa.

cinta.
pada jalan yang telah ditunjukkan.

+++
"both of u selalu rasa dekat sebab agak aktive on fb"

hiiiiiiiiii....... :D tersengih macam kerang busuk bila mak cik reply sms.
sebab wish besday mak cik yang ke 51 :)
doaku. moga Allah memasukkan dia ke syurga sana.. ameen..

hehe. ayat on fb tu no komen lah. :p
tapi ayat rasa dekat tu buatkan aku terharu.
dan rindu.
sangat2!

sampai bergetar jiwa. sebak dada.

rasa ingin terus terbang ke perlis..
bolehkah?

andai.

+++

alhamdulillah, di sana.. mula berbuah agaknya?
mudah2an terus masak..supaya boleh dipetik terus.
dan dieksport2 utk dinikmati kelazatannya.

ameen..

:D

rindu perlis!
bumi tarbiah.

aghhh..
dulu, ramai orang macam obsess je kalau sebut tarbiah di UK, US, Korea, Jepun, Australia..bla..bla..
tapi aku. tetap bangga kerana tarbiahku bermula di Perlis.
walau Perlis..rasanya tak terkenal sangat pun di Malaysia. ya ka?

walau ramai orang macam best je sebab ikhwah/at sangat ramai dan aktif2 belaka.
tapi aku. tetap happy di Perlis.

spesial.

ada ramai makcik2 yang sangat ligat dengan DnT.
dan dari mereka. menginspirasikanku,
dan memaknai kehidupanku dengan..

sesuatu yang indah :)

Tuesday, April 3, 2012

MTQ 2012

alhamdulillah.

merasai pengalaman pertama sebagai seorang guru..
Majlis Tadarus al-Quran 2012
peringkat daerah Sibu..
mujur ada 2 3 rakan yang posting sekali.
taklah janggal rasanya..

tugasku : guru pengiring bercerita.
hah?

saringan bermula hari sabtu, 31/4/12 di SK Agama Sibu.
alhamdulillah 'dia' terpilih ke final bercerita..

2 dan 3/4 bertanding di peringkat akhir..

alhamdulillah ^_^
nerves ohh..
bila tengok budak kita present persembahan dia..
hoho..
sejuk tangan2..

tp yang spesial budak ni adalah..
comel? salah satunya lah
suara sedap? semestinya lah..
dan
hyperaktif. ha, yang ni tepat sekali!

***
ustazah, pukul berapa nak start ni?

ustazah.. nak g tandas?

ustazah.. lama lagi ke giliran saya?

ustazah..lagi 2 orang kan?

ustazah, kenak nya lupak?

semuanya ustazah..

dan dia..
akan gelak..kalau peserta lain lupa.
dan dia..
akan mengkritik hakim.. hoho? siapa hakim sekarang nihh?

siap MC n penjaga masa pun kena ngan dia...

***
tapi.. aku sungguh seronok. beberapa hari bersamanya,
mengenangkan anak-anak saudara di semenanjung.rindu!
melayannya membuatkan hatiku senang.

mungkin kerana aku sendiri sedikit hyperaktif kut? theee :D

last2... asalnya kami yang duduk belakang hakim, berpindah ke belakang sekali. bukan hapa..
kami akan berbual2.. berjalan sana sini.. bergelak ketawa.
nakal kut budak ni..sampai ustazah kena kejar ke sana sini...

@_@

sikapnya, rasanya menarik perhatian semua orang kut?
sampailah hakim..
huhu...
dia buat gaya kebosanan.. sebab turn 17.. lambat!
teringat aku masa kat maktab dulu. mcm ni jugak. cepat boshan!
nak ke mana kan murid ni kalau ustazah dia pun macam tu?
(senyum)

***
hari ini,
kami siap2 berkejaran.
kata kak baiti 'sempat lagi main kejar2 dua orang ni'

heheeeeeeeeeeeeeeee...

***
tiba-tiba aku teringat moment Rasulullah main kejar2 ngan Aisyah..
merai zaman kanak-kanaknya..
betul, setiap manusia perlu melalui fasanya.
kanak-kanak. remaja. dewasa.
jika dia 'dikurung' dari zamannya..
dia membesar, mungkin tidak sempurna.
pada emosinya..
kan?

dan melayani budak ini..
saya telah pengsan awal selama 2 hari..

***
pengsan.

Sunday, April 1, 2012

wahai adik yang tersayang

wahai adik..
sungguh.
engkau adalah permata agama.
dipilih Allah untuk tugas yang berat.
berat. kerana amanah ini takkan gunung pun sanggup memikulnya..

hampir 3 tahun perkenalan kita..
ku yakin dengan semangatmu.
dengan jiwamu.
dengan Islammu..

hinggakan, selalu..ku sebut2 namamu...di hadapan orang.
kerana aku sungguh bangga melihat dirimu.

kerana, dirimu tak perlu digilap seperti kebanyakan orang.
cukup mudah.
itu yang menjadi mahalnya dirimu..
:)

alhamdulillah,
Allah memilihmu..
usah ditanya sebab,
kerana akak sendiri tak punya jawapan.
hikmah Allah terlalu misteri untuk kita tahu.
ibarat lautan, luas. tapi tak satu yang kita ketahui apa di dalamnya. gelap dan kelam.
yang kita tahu, hanya ada Allah!

semua orang tahu.
dan akak tahu.
kita tak boleh menjadi orang lain.
menjadi dua orang dalam satu masa.

semua orang tahu.
dan akak tahu.
kita tak boleh melakukan banyak benda dalam satu masa dengan sempurna.

kerana kita adalah manusia.
yang lemah.
sangat lemah.

adikku,
turutilah jalan ini sehabis mampumu.
jika kecil yang kau rasa.. besarkan jiwamu!
supaya nilaian di sisi Allah berganda2...

usah melihat kepada mereka.
hakikatnya, ia adalah bisikan syaitan untuk melemahkan diri kita..

sebaliknya..
jika berjaya menghadapinya..
Allah akan bangga melihatmu..
melepasi ujian ini
untuk namamu disebut2 di langit sana.

:)

sungguh!
kini akak bangga melihatmu.
melihatmu..merungut tentang hal dakwah..
indah dirasakan..

bererti..
engkau telah mulai menapaki jalan ini..ke hadapan..
bererti..
engkau telah mula menjiwainya...

doaku..
dari jauh.
moga Allah kuatkan kakimu untuk terus dan terus!
ingat! ikhlaskan hati.. dan harus ada jiwa yang besar sayang!