Sunday, April 1, 2012

wahai adik yang tersayang

wahai adik..
sungguh.
engkau adalah permata agama.
dipilih Allah untuk tugas yang berat.
berat. kerana amanah ini takkan gunung pun sanggup memikulnya..

hampir 3 tahun perkenalan kita..
ku yakin dengan semangatmu.
dengan jiwamu.
dengan Islammu..

hinggakan, selalu..ku sebut2 namamu...di hadapan orang.
kerana aku sungguh bangga melihat dirimu.

kerana, dirimu tak perlu digilap seperti kebanyakan orang.
cukup mudah.
itu yang menjadi mahalnya dirimu..
:)

alhamdulillah,
Allah memilihmu..
usah ditanya sebab,
kerana akak sendiri tak punya jawapan.
hikmah Allah terlalu misteri untuk kita tahu.
ibarat lautan, luas. tapi tak satu yang kita ketahui apa di dalamnya. gelap dan kelam.
yang kita tahu, hanya ada Allah!

semua orang tahu.
dan akak tahu.
kita tak boleh menjadi orang lain.
menjadi dua orang dalam satu masa.

semua orang tahu.
dan akak tahu.
kita tak boleh melakukan banyak benda dalam satu masa dengan sempurna.

kerana kita adalah manusia.
yang lemah.
sangat lemah.

adikku,
turutilah jalan ini sehabis mampumu.
jika kecil yang kau rasa.. besarkan jiwamu!
supaya nilaian di sisi Allah berganda2...

usah melihat kepada mereka.
hakikatnya, ia adalah bisikan syaitan untuk melemahkan diri kita..

sebaliknya..
jika berjaya menghadapinya..
Allah akan bangga melihatmu..
melepasi ujian ini
untuk namamu disebut2 di langit sana.

:)

sungguh!
kini akak bangga melihatmu.
melihatmu..merungut tentang hal dakwah..
indah dirasakan..

bererti..
engkau telah mulai menapaki jalan ini..ke hadapan..
bererti..
engkau telah mula menjiwainya...

doaku..
dari jauh.
moga Allah kuatkan kakimu untuk terus dan terus!
ingat! ikhlaskan hati.. dan harus ada jiwa yang besar sayang!

No comments:

Post a Comment